seismik

"Rasa Panas" - Tengah Sedap Makan Di Kedai, Boleh Pula Kucing Bantai Kencing Dekat Kaki

Potong terus mood nak makan.

Cover image via @ilhamaniqqq._ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, kita akan makan di kedai jika tidak sempat masak atau sebagainya

Makan di kedai juga dapat menjimatkan masa dan tenaga selepas seharian penat bekerja. Inilah masanya nak makan sedap sikit.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang pemuda berkongsi kisah sedih ringkasnya semasa makan di sebuah kedai telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@ilhamaniqqq._ Die kencing paatu die chaww centu je #fyp #pelitfyp original sound - FARIZ GOMEN

Tiba-tiba rasa panas dekat kaki, rupa-rupanya kucing kencing

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda itu sedang makan di sebuah restoran bersama dengan seorang rakannya.

Namun, sedang dia menjamu selera tiba-tiba dia merasakan panas di kaki dan cuba melihatnya. Rupa-rupanya, dia mendapati ada seekor kucing telah kencing di kakinya itu.

Situasi itu membuatkan dia terus membasuhnya dengan beberapa cawan air. Ia ditambah pula dengan keadaan kedai yang tiba-tiba gelap disebabkan blackout pada masa itu.

Lihat video sambungan di bawah:

@ilhamaniqqq._ Reply to @antwithturtle part 2 HAHHAHAA taksampai 5 mnit lepas kene kencing tu.. Baru nak makannnn tetibe nohhhhh blackout pulokkkkkk dugaannn dugaan #fyp #pelitfyp original sound - FARIZ GOMEN

"Dia nak tanda abang lah tu. Abang dah jadi hak milik dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat kisahnya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 404.5K views, 36.3K likes dan 349 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal pula kena kencing. Sabar ya bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: