seismik

"Rasa Macam Nak Bunuh Orang" - Polis & Saksi Temui Mesej 6 Bulan Sebelum Zayn Rayyan Maut

Difahamkan, mesej tersebut merupakan perbualan antara 'Baby Sayang' dan 'Manja'.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan nampaknya masih belum menemui pengakhirannya

Terkini, beberapa mesej ditemui dalam telefon bimbit milik ibu bapa arwah Zayn Rayyan Abdul Matin. Menurut laporan Sinar Harian, terdapat perbualan "rasa mcm nk bunuh orang je" kira-kira enam bulan sebelum Zayn Rayyan itemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.

Selain itu, mesej seperti "aku nak rehat pun tak leh" dan "belasah je sampai puas" turut ditemui oleh Juruanalisis Unit Siasatan Jenyah Komputer Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superitenden Mohd Zaidi Abu Hassan.

Difahamkan, mesej perbualan terbabit dibuat menerusi aplikasi WhatsApp antara dua nombor pada 20 Jun 2023.

Image via Sinar Harian

Terdapat juga mesej yang dijadikan bukti pada hari kejadian kehilangan Zayn Rayyan, 5 Disember 2023

Difahamkan, perbualan atas nama 'Baby Sayang' dan 'Manja' itu diekstrak daripada dua telefon bimbit terbabit berserta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes.

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, ada perbualan di aplikasi yang sama. Antaranya:

"Zayn hilang",
"Dia lari, lantaklah nak hidup ke nak mati" dan
"Letih gila aku mencari".

"Ia diperoleh hasil pemeriksaan dan analisis ke atas telefon Huawei yang mana perbualan itu melibatkan tarikh 20 Jun, 11 Oktober, 20 Oktober, 1 Disember dan 5 Disember tahun sama," katanya.

Menurutnya, mesej-mesej itu diperoleh dari telefon bimbit yang dirampas dan salah satunya di iCloud yang berdaftar atas nama Ismanira. Manakala, telefon jenis Huawei pula menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan.

Image via Sinar Harian

Pada 13 Jun 2024, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan telah mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: