seismik

"Rasa Macam Makan Dekat Hotel" - Lelaki Main Piano Di Food Court Ini Raih Pujian Warganet

"I’d pay more than RM3 for this talent" - Warganet.

Cover image via @tengku_hadif (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kelebihan bermain alat muzik adalah bakat yang patut diberi pujian

Iyalah, bukan semua orang tahu bermain alat muzik terutamanya piano. Ia memerlukan masa yang lama untuk seseorang individu mahir bermain alat muzik tersebut.

Kebiasaannya, kita dapat melihat orang bermain piano di lobi hotel, pusat beli-belah dan majlis tertentu saja kan?

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman seorang lelaki bermain piano di medan selera telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai terpegun bila dengar lagu Golden Hour dekat food court, rasa macam makan dekat hotel

Menerusi perkongsian video daripada @tengku_hadif, kelihatan lelaki itu sedang bermain piano di sebuah medan selera. Difahamkan di food court presint 9 Putrajaya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia memainkan lagu Golden Hour iaitu nyanyian JVKE. Ia merupakan lagu yang pernah tular di laman TikTok baru-baru ini.

Bakat lelaki itu telah mendapat perhatian warganet di TikTok dan ramai yang terpegun melihat caranya bermain piano dengan sangat merdu.

"Awesome! Ambience medan selera auto bertukar jadi ambience high class restaurant gitu. Keep going" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 22.9K tontonan, 2.4K tanda suka serta 122 komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memuji bakat lelaki tersebut dan berpendapat mereka seolah-olah sedang makan di hotel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Rasa macam terbuai kejap dengar abang ni main piano sebab best gila! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: