seismik

Rasa Dah Sedap Tapi Rupa Tak Semenggah? Ini Rahsia Nak Bagi Kuih Raya Korang Lebih Menarik

Barulah lain daripada yang lain!

Cover image via Pocky

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Pocky.

Bila dah masuk bulan Ramadan ini, sudah pasti ramai antara kita yang dah memikirkan tentang kuih raya

Ada yang mahu membuat sendiri dan ada juga yang mahu beli sahaja daripada penjual kerana tiada masa.

Namun begitu, setiap tahun pasti kita dapat lihat serupa saja rupa kuih raya sehingga membuatkan tiada selera untuk makan walaupun rasanya sedap.

Bagi mengelakkan berlakunya insiden ini, jom kami kongsikan beberapa rahsia nak bagi kuih raya korang nampak lebih menarik dengan menggunakan Pocky dengan perisa Coklat, Strawberi dan Cookies & Cream.

Image via Pocky

1. Kek Batik Matcha dengan menggunakan Pocky sebagai biskut

Image via Pocky

Bahan-bahan:

  • 3 paket Pocky kegemaran korang
  • 1 sudu besar serbuk Matcha
  • 400g coklat putih
  • 100g krim

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat putih dan krim

  2. Masukkan serbuk matcha.

  3. Kacau bagi sebati.

  4. Di dalam acuan, susun biskut Pocky ikut kesukaan.

  5. Tuangkan adunan matcha ke dalam acuan.

  6. Selang-seli dengan biskut Pocky.

  7. Sejukkan dalam 3 jam atau semalaman.


Lihat resepi penuh di SINI.

2. Biskut Emping Jagung Madu bersama topping Pocky

Image via Pocky

Bahan-bahan:

  • 20g mentega

  • 10g gula

  • 30ml madu

  • 120g emping jagung (kisar/ramas kasar)

  • Pocky (pelbagai perisa kegemaran!)

  • Kacang (jika suka)


Cara-cara:

  1. Cairkan mentega

  2. Masukkan gula

  3. Kacau adunan

  4. Masukkan madu

  5. Kacau lagi sehingga warna jadi keemasan

  6. Di dalam bekas, masukkan emping jagung yang telah dikisar atau diramas kasar

  7. Tuangkan adunan mentega, guna dan madu

  8. Kacau bagi sebati

  9. Sudukan ke dalam cawan kertas.


Lihat resepi penuh di SINI.

3. Biskut Pocky Fireworks dihiasi dengan potongan Pocky

Image via Pocky

Bahan-bahan:

  • 60g coklat ganace

  • 15ml susu

  • 10 keping biskut tawar

  • 2 paket Pocky kegemaran anda


Cara-cara:

  1. Cairkan coklat ganace.

  2. Tuangkan susu.

  3. Kacau bagi sebati.

  4. Apabila adunan sejuk, sapukan di atas biskut tawar.

  5. Hiaskan dengan Pocky pelbagai flavor!


Lihat resepi penuh di SINI.

Dapatkan kesemua perisa Pocky sekarang untuk jadikan kuih raya korang lebih menarik di Hari Raya ini!

Pocky kini hadir dengan Pocky Pek Edisi Terhad 8 + 1 SACHET PERCUMA khas untuk korang yang mahu menjadikan kuih raya tahun ini lebih menyerlah.

Dapatkan sekarang di pasaraya berdekatan dengan korang atau beli sahaja secara dalam talian di SINI!

Pastikan korang tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan pek special ini sementara stok masih ada.

Cipta Keriangan Raya bersama Pocky, barulah suasana buat kuih raya bersama keluarga jadi lebih bermakna!

Image via Pocky

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik