seismik

“Ramai Yang Tak Tahu” - Ini Syarat & Cara Untuk Anda Mohon Bantuan Khairat Kematian ASB

Waris pendeposit layak mendapat khairat kematian sehingga RM500.

Cover image via Harian Metro & Nurashikin Din (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah yang popular dalam kalangan pelabur Bumiputera di Malaysia

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

ASB ini dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 untuk membantu Bumiputera menyediakan simpanan alternatif.

Simpanan alternatif ASB ini juga boleh menjana pulangan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

Begitupun, ramai yang tidak tahu bahawa pihak ASNB menyediakan khairat kematian ASB bagi setiap pendeposit yang melabur dalam saham terbitan PNB seperti ASB, ASN, ASW dan seangkatan dengannya.

Malangnya, ramai waris si mati tidak tahu atau tidak cakna akan perkara ini lantas sudah pasti ini perkara yang merugikan bagi para waris pendeposit kerana mereka layak mendapat khairat kematian sehingga RM500.

Kadar sebenar khairat kematian yang disediakan oleh pihak ASNB

Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB))  menyediakan bantuan khairat kematian ini dengan kadar berlainan bagi setiap individu yang mempunyai kadar simpanan yang berlainan dalam unit amanah mereka.

Malah, terdapat struktur terbaru bantuan Khairat ASNB yang telah pun berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2020.

Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada tarikh kematian seperti berikut:

1. Bawah 1,000.00 unit - Jumlah khairat yang layak diterima RM200.

2. 1,000.00 unit dan ke atas - Jumlah khairat yang layak diterima RM500.

Walau bagaimanapun, nilai ini boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara dan prestasi kewangan PNB.

Proses permohonan mendapatkan khairat kematian ASB

Tuntutan kematian ini mestilah dibuat dalam tempoh 6 bulan kematian pendeposit.

Jika tidak dituntut dalam tempoh 6 bulan ini, bantuan khairat kematian ini dikira hangus dan waris tidak lagi layak mendapatkannya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Radio IKIM

Proses memohon bantuan khairat kematian ini adalah seperti yang berikut:

- Sila hadir ke kaunter ASNB berdekatan

- Bawa bersama dokumen penting seperti sijil kematian pendeposit atau pemegang akaun

- Pemohon (Waris Qadim)* adalah waris kepada si mati/pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau

Salah seorang Penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

*Waris bukan Islam layak menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam.

Untuk sebarang persoalan atau perubahan terkini mengenai khairat kematian ini, anda boleh rujuk di laman rasmi ASNB atau pautan yang berikut https://www.asnb.com.my/asnbv2_5faq.php#khairat

Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya kepada waris pendeposit ASB yang telah meninggal dunia.

Al-Fatihah untuk semua insan tersayang kita yang telah pergi selamanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: