Ramai Yang Guna Sticker Ini Sebagai Gurauan, Sebenarnya Ada Kisah Sedih Disebalik Tangisan
Lepas ni dah tahu, elakkan lah guna.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pengguna WhatsApp, penggunaan sticker pasti menjadi antara salah satu benda yang menjadi hiburan buat kita bukan?
Apatah lagi, jika sticker itu kelakar ataupun comel. Memang kerap sekali diberi ketika mesej seseorang.
Malah, sticker gambar individu viral juga sering digunakan sebagai hiburan sendiri tanpa kita sedari asal usulnya.
Baru-baru ini, tular apabila seorang individu berkongsi disebalik sticker tangisan seorang lelaki yang sering digunakan ramai.
Individu dakwa, gambar sticker mempunyai kisah tragis seorang bapa yang kehilangan 5 anak
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu bernama Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail menjelaskan bahawa sebenarnya gambar lelaki menangis itu adalah rakannya yang merupakan seorang bapa bernama Zulkifli.
Difahamkan, pada masa itu telah berlaku peristiwa tsunami pada tahun 2004. Di dalam tragedi itu saudara Zulkifli telah kehilangan lima anak-anaknya sekaligus yang membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.
"Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5. Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.
"Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau," katanya.
Justeru, dia berharap agar orang ramai selepas ini lebih peka dan tidak lagi menggunakan gambar terbabit sebagai hiburan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!