Ramai Tak Boleh Survive Lepas 3 Tahun Bergantung Pada Paid Review Sahaja - Khairul Aming
Betul juga apa yang KA cakap ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Khairul Aming mendedahkan pengambilan paid review mungkin menampakkan hasil yang mewah namun tidak akan memberi pulangan jangka masa panjang jika hanya bergantung padanya
Perkara itu dikongsikan Khairul Aming menerusi sebuah hantaran di X mendedahkan kebergantungan hanya kepada paid review sahaja tidak cukup untuk kesan jangka masa panjang.
"Benda ni betul. Kalau bergantung kat paid review boleh survive untuk short term sahaja (less than 5 years, in fact ramai cannot survive more than 3 years).
"Your rate card bergantung kepada engagement and your relevancy in the market. Semakin hari semakin ramai content creators, and semakin susah nak fight for engagement, and semakin susah nak stay relevant.
"Brands will go to whoever is relevant at that point of time. When competition is high, orang pun akan mula offer lower prices to compete for paid reviews.
"That’s why industry ni nampak mewah tapi not long lasting kalau tak jaga personal branding and tak divert source of income kepada berniaga atau lain-lain," tulisnya.
Kenyataan itu dikeluarkannya selepas setuju dengan sebuah perkongsian daripada Dr Malar
Khairul Aming telah mengeluarkan kenyataan terbabit menunjukkan persetujuannya terhadap perkongsian Dr Malar membalas sebuah hantaran di Threads mengenai pendidikan dan kesan jangka panjangnya.
"Lepas 4 tahun, Tiktoker tu nak dapat RM400 pun struggle. Ditambah dengan jatuh sakit, takde MC berbayar, takde SOCSO takde EPF.
"Meanwhile yang belajar ni, lepas empat tahun gaji boleh naik mengikut industry, kepakaran dan kerajinan. Education bukan untuk duit. Education untuk menjadikan kita insan lebih baik, lebih celik lebih banyak peluang. Tengoklah Grab driver sekarang, tak sekencang dulu. Belajar lah dari situ adik-adik sekalian," kongsinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!