seismik

"Ramai Orang Tua Kelihatan Muda" - Kerajaan Digesa Pertimbangkan Had Usia Bersara 65 Tahun

Difahamkan, ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan sehingga 65 tahun.

Cover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan digesa agar mempertimbang had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perubahan had usia persaraan itu dilihat wajar kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.

Tambahnya, ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan sehingga 65 tahun.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dewan Kosmik

Golongan berusia kini dilihat lebih aktif dan nampak muda

Dalam pada itu, beliau memberitahu ramai golongan berusia kini dilihat lebih aktif dan muda jauh daripada usia sebenar mereka.

"Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.

"Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun," katanya.

Image via Berita Harian

Azalina memberitahu sama seperti hakim mahkamah di negara ini yang ditetapkan persaraan pada usia 65 tahun, had persaraan bagi rakyat di Malaysia wajar dinaikkan.

"Saya lihat macam hakim-hakim (mahkamah), sebab mereka sampai usia 65 tahun. Di sesetengah negara, masa saya pergi mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN, ada yang sampai usia 70. Hakim mereka ada yang 65 dan berkhidmat sampai usia 70 tahun.

"Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani akan pertimbangkan perkara itu tetapi saya cuma beri komen sahaja sebab saya lihat orang usia 60 tahun sekarang, ramai yang masih nampak muda," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: