seismik

Ramai Ingat Pernah Berlakon Cerita Qalesya, Fakhri ‘High Council’ Tegas Itu Bukan Dirinya

Boleh pula serupa ya muka.

Cover image via Twitter & @mierulaiman (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hangat diperkatakan kini tentang drama siri terbaru Projek: High Council

Ia merupakan sebuah siri drama televisyen persekolahan Malaysia 2023 arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria. Selaku drama ikutan Projek: Anchor SPM pada 2021, drama ini mengisahkan kisah gensgterisme dan buli dalam sebuah sekolah berasrama penuh.

Antara pelakon utama drama itu adalah Mierul Aiman sebagai Fakhri, adik kepada Naim dan pelajar baru Kudrat, Nadhir Nasar sebagai Naim, abang kepada Fakhri, Amir Ahnaf sebagai Kahar, KAPLA (Ketua Asrama Lelaki Atasan & antagonis utama serta senior kepada Fakhri dan Naim) dan Naim Daniel sebagai Ayam, pelajar Kudrat yang berwatakan lembut.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang membuatkan netizen mendakwa bahawa Mierul Aiman (Fakhri) sebelum ini pernah berlakon dalam drama Qalesya bersama Elfira Loy telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Beritahu yang pelakon kanak-kanak itu dulu bukanlah dirinya

Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat seorang individu mendakwa bahawa dahulunya Mierul Aiman itu pernah berlakon dalam drama popular Qalesya yang dibintangi oleh Elfira Loy.

"Lah asal aku baru tahu si Amirul Aiman yang Fakhri tu dulu pelakon tambahan drama Qalesya astro prima citer Qalesya ni herion dia Elfira Loy, hero dia Aedy Ashraf kalau korang ingat lah," tulis individu itu.

Perkara itu membuatkan ramai netizen memberikan pelbagai reaksi mereka. Termasuklah tuan badan sendiri.

Mierul Aiman kemudian membalas tweet berkenaan dengan memberitahu itu bukanlah dirinya.

"Thank you so much guys, but he isn't me. My journey began with Hero Remaja 2021. Until the end of time," tulisnya.

Lihat posting itu di bawah:

"Salah orang ni, malu la haha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas pelakon itu memberi kenyataan.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1,046 retweets, 102 quotes tweets dan 6,682 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Muka ada seiras sikit je, tapi bukanlah dia ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: