seismik

Ramai Cari IG Ibu Aliff Aziz Rupa-Rupanya 'Deactivate' Lepas Keluar Berita Skandal Baru

Wanita itu mengaku sebagai kekasih Aliff.

Cover image via Berita Harian & @sarahyasminekh (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila berita mengenai kecurangannya tersebar

Wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu tampil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dimaki keseorangan.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.

"Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh berseorangan kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji," tulisnya.

Image via Berita Harian

Instagram Ibu lenyap lepas keluar berita skandal

Selepas tularnya berita kecurangan anaknya itu, akaun Instagram Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil dilihat telah dinyahaktifkan.

Namun, ada yang mendakwa Netizen mendakwa, Siti Hafiza atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz masih lagi aktif di laman sosial itu, pagi tadi.

Sebelum ini, akaun IG ibunya sering dimuat naik dengan perkongsian dan kata-kata hikmat di storynya.

Tetapi, ia dilihat dinyakaktif susulan daripada kes terbaru skandal ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: