seismik

Rakan Masuk ICU Masa Travel Di China, Wanita Buntu Mohon Bantuan Ramai Biaya Kos Perubatan

Malang tidak berbau.

Cover image via

Seorang wanita yang dikenali sebagai Irlinda Maydia kini terlantar di unit ICU di People Hospital of Lijiang, China dan masih tidak sedarkan diri

Perkara ini dilaporkan oleh seorang rakan Irlinda, Maisarah Ramli yang kini sedang bersedih kerana buntu dan tidak menemui jalan untuk membantu Irlinda pulih.

Menurut Maisarah, kos perubatan di sana amat tinggi sehingga mencecah hampir RM3,000 untuk sehari bermalam di wad. Dia memberitahu bahawa akan-rakan lain di sana sudah kehabisan wang bagi membantu membiayai CT scan, dan pelbagai lagi rawatan susulan.

Bagi menambah derita mereka, Irlinda didapati tidak mengambil apa-apa pakej insurans atau perlindungan sebelum bertolak ke China. Perkara ini benar-benar menyukarkan urusan mereka di sana.

Irlinda yang sedang bercuti di Kunming, China sejak beberapa hari lalu dipercayai jatuh secara tiba-tiba

Setelah diperiksa, Irlinda mengalami jangkitan di paru-paru dan disahkan menghidap diabetes.

Cuaca sejuk dan demam yang dihidapinya merupakan dua faktor terbesar yang membuatkan beliau tiba-tiba tidak sedarkan diri.

"Kami tidak tahu lagi jalan apa yang boleh kami ambil. Kami buntu. Ini adalah soal hidup dan mati. Kami sangat sedih sekarang kerana tiada apa-apa yang boleh kami bantu," kata Maisarah.

Menurut Maisarah lagi, mereka sudah cuba menghubungi pihak konsulat Malaysia di China namun tiada respon

"Kami sudah cuba menghubungi pihak konsulat Malaysia di China, tetapi masih tiada balasan e-mel dari pihak mereka. Kami masih menunggu respon mereka.

"Buat masa ini, kami tiada cara lain selain meminta jasa baik semua untuk membuat derma kilat di media sosial. Kami tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian ke akaun bank yang tertera di bawah:

Sama-sama kita hulurkan bantuan dan berdoa agar saudari Irlinda Maydia dapat pulih seperti sedia kala.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang diabetes:

You may be interested in: