seismik

Rakyat Malaysia Lahir Selepas 2005 Bakal 'Diharamkan' Membeli Rokok - Khairy Jamaluddin

KKM menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di Malaysia.

Cover image via I-Medik & Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tahukah anda kajian mendapati satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok?

Kajian terkini berhubung status kesihatan rakyat Malaysia menerusi laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau telah memberi gambaran terhadap keseriusan isu budaya merokok dalam kalangan remaja Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di negara ini seperti penyakit jantung, kanser dan strok.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memberi bayangan bahawa kerajaan bakal mengharamkan rokok di masa hadapan dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Straits Times/Unsplash

Golongan yang berusia 17 tahun hari ini dijangka akan disabitkan kesalahan jika didapati membeli rokok secara haram

Menurut laporan, ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk berkenaan secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk merokok tahun depan.

“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit)," katanya.

Selain itu, dalam perutusan Tahun Baru 2022 kepada Kementerian Kesihatan, Khairy turut bercakap mengenai ‘generasi penamat perbuatan merokok’. Beliau percaya akan tiba masanya generasi akan datang ‘tidak tahu apa itu rokok’.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Image via New Straits Times

Sementara itu, menurut CodeBlue, Khairy sebelum ini berkata, beliau akan membentangkan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok terbaru dalam mesyuarat Parlimen akan datang, yang akan menggantikan undang-undang kawalan tembakau sedia ada di bawah Akta Makanan 1983.

Undang-undang baru itu juga akan mengawal selia e-rokok dan produk vape.

Larangan merokok berdasarkan generasi akan sama seperti rancangan New Zealand untuk menaikkan umur merokok yang sah di sisi undang-undang sebanyak setahun, setiap tahun, mulai 2027 – yang pada dasarnya memastikan produk tembakau dilarang kepada golongan yang lahir selepas 2008.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: