seismik

Rakyat Malaysia Kongsi Antara Tradisi Ramadan Yang Perlu Ada Dalam Setiap Komuniti

Berganda pahala kalau beramal masa bulan puasa.

Cover image via Vecteezy & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh McDonald's.

Bulan Ramadan merupakan bulan paling mulia yang dinanti-nantikan oleh umat Islam

Umat Islam dituntut untuk melakukan amal ibadah supaya dapat pahala berganda pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan yang penuh kemaafan. Umat Islam digalakkan untuk bermuhasabah diri supaya tidak mengulangi dosa-dosa. Selain itu, kita juga perlu berbuat baik dengan orang sekeliling.

Kebiasaannya, kita sering ada tradisi atau gaya hidup dalam bulan Ramadan yang ramai boleh relate. Jom baca rakyat Malaysia kongsikan tradisi Ramadan mereka!

1. Bersedekah di mana pun kita berada

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majalah Pama

Tidak dinafikan, pada bulan Ramadan kita akan bersedekah lebih sedikit bebanding bulan yang lain. Rakyat Malaysia kongsi mereka sering bersedekah apabila ternampak tabung derma di bazar Ramadan, surau, masjid dan restoran. 

Tindakan tersebut bukan saja dapat menolong orang yang berada dalam kesusahan, siapa yang menyumbang juga memperolehi pahala berganda. 

2. Menyediakan juadah berbuka di surau atau masjid

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun Jatim

Pada bulan Ramadan juga, ramai yang berlumba-lumba untuk pergi ke surau atau masjid untuk solat berjemaah. Selain dapat mengimarahkan surau tersebut, pengunjung dapat menikmati juadah berbuka secara percuma.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun
".Riwayat Al-Tirmizi (807)

3. Sumbangan seperti barang keperluan

Gambar sekadar hiasan.

Image via iKerajaan

Sumbangan bahan dapur asas seperti beras, gula, telur, biskut dan lain-lain lagi akan disalurkan kepada orang yang memerlukan. Pada bulan puasa inilah, setiap keluarga akan menyediakan makanan sahur dan berbuka. 

Rakyat Malaysia kongsi sumbangan tidak semestinya perlu diberi dalam bentuk wang, malah bentuk bahan keperluan juga sangat membantu untuk persiapan bulan Ramadan dalam kalangan orang yang memerlukan. 

4. Pembelian baju raya untuk anak-anak yatim

Gambar sekadar hiasan.

Image via Yayasan Pendidikan Hidayah

Tambahan pula, rakyat Malaysia juga kongsikan antara tradisi Ramadan yang mereka akan lakukan ialah memberi sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim jika mampu. 

Difahamkan, baju raya semakin tahun semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan membelikan anak-anak yatim baju raya, mereka boleh memakainya pada hari raya. Penjaga mereka juga tidak terbeban. 

5. Pemberian hadiah raya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bloomthis

Ada sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai tradisi menukar hadiah raya kepada rakan-rakan mereka. Ini termasuk kuih raya, hamper dan sebagainya. 

Tradisi ini menunjukkan betapa akrabnya hubungan dua buah keluarga itu dan mereka saling hargai pertalian itu antara satu sama lain. Sifat bersyukur ini perlu diterapkan juga bukan saja pada bulan Ramadan malah bulan-bulan yang lain. 

Begitu juga dengan McDonald's Malaysia, mereka menunaikan tanggungjawab sebagai syarikat milik orang Islam untuk terus menyantuni komuniti

Melalui tiga program yang dianjurkan baru-baru ini, McDonald's Malaysia menyantuni komuniti dan masyarakat di Malaysia dengan meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan.

Tahun ini, McDonald's Malaysia bekerjasama dengan Harian Metro untuk menganjurkan Program Titipan Kasih Ramadan. Antara masjid yang dikunjungi ialah Madrasah Al-Syukriah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur dan Masjid Rafeah, Alor Setar, Kedah.

Pasukan mereka juga akan berkunjung ke Masjid Saidatina Khadijah, Seremban, Negeri Sembilan pada Mac yang lalu. Program penajaan hidangan moreh McDonald’s yang dijalankan sejak tahun 2015 itu telah memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya.
Program tersebut melibatkan aktiviti gotong-royong memasak 2,000 bekas bubur lambuk yang diagihkan kepada ahli kariah masjid, petugas barisan hadapan dan komuniti yang memerlukan.

Image via McDonald's

Selain itu, 300 buah Kotak Rezeki yang mengandungi bahan keperluan harian juga disumbangkan kepada keluarga-keluarga asnaf, ibu-ibu tunggal dan pesakit-pesakit kanser. Menerusi restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara pula, dianggarkan sebanyak 300 masjid dan surau akan dikunjungi oleh syarikat itu pada setiap tahun.

Image via McDonald's

Dalam majlis yang sama, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) turut menyampaikan sumbangan kepada enam buah rumah anak-anak yatim di Negeri Sembilan untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berjumlah RM14,000 turut disalurkan oleh Yayasan Jaafar Ahmad kepada RMHC Malaysia bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan di negeri itu.

“Kita sedar bahawa persiapan beraya bukanlah satu perbelanjaan yang kecil dan rumah-rumah kebajikan biasanya mempunyai dana yang terhad. Justeru itu, RMHC Malaysia dan Yayasan Jaafar Ahmad sebagai badan-badan kebajikan yang memfokuskan kepada kesejahteraan kanak-kanak berharap sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.” kata Pengurus Besar RMHC Malaysia, Encik Nasri Nordin Encik Nasri Nordin.

Image via McDonald's

Akhir sekali, McDonald's juga komited dalam menunaikan kewajipan rukun Islam ketiga sebagai syarikat 100% milik orang Islam. Sebanyak RM12 juta zakat korporat dibayar kepada pusat-pusat zakat di seluruh negara sejak tahun 2017 apabila syarikat itu menjadi sepenuhnya milik orang Islam setelah diambil alih oleh Dato’ Azmir Jaafar sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Gerbang Alaf Restaurant.

Inilah sedikit sebanyak tentang tradisi rakyat Malaysia.

Semoga semua amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan ini diterima Allah SWT, Amin!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik