Rakyat Malaysia Bercuti Di Jakarta Hati-Hati Jika Mahu Guna Lif Ini Sampai 99 Tingkat
Sangkut ramai-ramai pula tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa pengunjung alami detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah lif di tingkat 99 bangunan tertinggi di Indonesia, Thamrin Nine
Menerusi video perkongsian seorang pencipta kandungan digital dari Indonesia @dimsaltra, dia pada mulanya berasa teruja untuk menaiki bangunan tersebut.
Selepas mengambil masa hanya masa 40 saat untuk sampai ke tingkat 99, pintu lif tersebut didapati tidak berfungsi dengan baik dan akhirnya kesemua pengunjung yang berada di dalamnya terperangkap hampir 40 minit.
"Saya berharap pihak yang terlibat dapat memperbaiki situasi ini lebih lanjut. Ini adalah masalah yang berkaitan dengan nyawa, jadi hal ini sangat penting.
"Saya telah memutuskan untuk tidak melanjutkan perjalanan naik ke atas atau melihat kawasan tersebut. Terima kasih," tulisnya.
Bukan kali pertama berlaku kejadian lif tersangkut pada bangunan tersebut
Seorang pelakon drama Indonesia, Ricky Lucky yang turut terperangkap dalam kejadian yang sama mendedahkan insiden lif tersangkut itu bukanlah kali pertama terjadi.
"Saya sangka mimpi buruk seperti ini hanya berlaku dalam filem Final Destination, Namun ini rupanya telah berlaku untuk kali kedua!
"Saya tidak akan kembali ke tempat ini lagi! Pada mulanya saya tidak berniat untuk memuat naik video ini, tetapi disebabkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab, selepas insiden yang kami alami, mereka masih membenarkan orang naik ke tingkat 99! Jadi, saya perlu bersuara," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!