seismik

Rakam Suami Masa Sidang Media Pertama, Gelagat Comel Dr Wan Azizah Raih Tumpuan Ramai

Comelnya Dr Wan dengan DSAI!

Cover image via @BFMradio (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 24 November 2022, satu Malaysia meraikan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

Image via Utusan Malaysia

Hanya mereka yang benar-benar mengikuti perjalanan politik DSAI bersama isteri dan keluarganya sejak tahun 1998 saja tahu mengapa kemenangan besar itu berjaya membuatkan ramai menitiskan air mata kegembiraan.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail merupakan individu yang tidak pernah berhenti berjuang bersama-sama dengan DSAI untuk membela nasib rakyat dan sentiasa ada di waktu jatuh dan bangun suaminya.

Baru-baru ini, tular video Dr Wan Azizah merakam suaminya semasa sidang media pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Gelagat comel rakam DSAI dari tepi jadi perhatian ramai

Menerusi perkongsian video daripada @BFMradio, kelihatan Dr Wan Azizah sedang menemani suaminya yang sedang membuat sidang media pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Dr Wan Azizah dilihat merakam suaminya yang sedang menjawab panggilan telefon daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Gelagat spontan itu dikatakan comel dan jelas terpancar kegembiraan di wajahnya kerana perjuangan DSAI selama 24 tahun akhirnya membuahkan hasil dan berjaya membuka banyak mata.

"So cute, she's a proud wife" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 80K views, 1.1K retweets dan 4.1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memuji kecomelan mereka berdua.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Seronok tengok DSAI dan Dr Wan Azizah, akhirnya Allah SWT berikan rezeki di waktu yang tepat untuk mereka. Teruskan pimpin Malaysia dengan harmoni! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: