Raikan Hari Raya Paling Manis Di 'EIDisi Manis' Versi Sunway Pyramid Sehingga 6 April Ini
Jom ke Sunway Pyramid dan cipta kenangan Raya paling manis!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahun ini, 'EIDisi Manis' di Sunway Pyramid membawa sambutan meriah yang diinspirasikan oleh kecintaan rakyat Malaysia terhadap kuih-muih tradisional
Nikmati penebusan eksklusif, ganjaran istimewa, dekorasi memukau, promosi berbuka puasa yang menarik, serta inisiatif CSR yang bermakna.
Mengangkat elemen kuih-muih tradisional dan juadah manis yang menjadi elemen utama dalam perjumpaan Hari Raya, setiap sudut Sunway Pyramid akan dipenuhi dengan perayaan yang penuh warna-warni dan kaya dengan pengalaman deria.
Sambutan ini menonjolkan bagaimana juadah manis bukan sekadar hidangan, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan masyarakat.
Bagi menyokong seni tempatan, Sunway Malls telah berkolaborasi dengan thatDania, seorang ilustrator dan animator Malaysia yang terkenal dengan penggunaan warna-warna berani dan tema nostalgia yang kreatif.
ThatDania telah menghasilkan koleksi eksklusif sampul duit raya dan tiffin ‘EIDisi Manis’ yang boleh ditebus berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ di semua pusat beli-belah Sunway Malls.
Rekaannya menggambarkan keindahan juadah manis yang menyatukan orang ramai ketika Hari Raya, menggabungkan kehangatan tradisi dengan sentuhan moden yang berwarna-warni.
Lebih daripada sekadar sampul duit raya dan tiffin, karyanya mengubah cenderamata ini menjadi pengalaman penceritaan visual yang mengimbau kenangan manis serta mencetuskan kegembiraan kepada pembeli-belah dari semua peringkat umur. Pastikan anda mendapatkannya sebelum kehabisan!
Sunway Pyramid destinasi lengkap untuk segala keperluan Raya anda!
Cari koleksi baju Raya terkini dan menawan di AURI dan Rimba, dapatkan produk kosmetik di SEPHORA, dan nikmati makanan di mana-mana restoran Sunway Pyramid, termasuk Supamala, Dandy’s dan banyak lagi.
Untuk tempoh terhad, Sunway Pyramid turut bekerjasama dengan jenama tempatan untuk menawarkan pelbagai pilihan baharu, termasuk aksesori buatan tangan bertemakan makanan yang comel serta snek nostalgia zaman kanak-kanak yang pasti akan menceriakan sesi membeli-belah Raya anda!
Sudah tentu perayaan dan ganjaran berpisah tiada! Jadi, Sunway Pyramid menjadikan perayaan anda lebih manis lagi dengan pelbagai hadiah, barangan penebusan serta ganjaran eksklusif bernilai lebih RM600,000! Tunggu apa lagi? Segera mulai beli-belah dan tebus ganjaran anda:
Penebusan setiap hadiah ini juga akan melayakkan anda untuk menyertai EIDisi Lucky Draw di semua pusat beli-belah Sunway, di mana anda berpeluang memenangi salah satu daripada tiga kereta baharu berikut:
Proton e.MAS 7 Prime
Mitsubishi Xpander Base
Proton S70 Premium
Selain itu, Manis Giveaway membolehkan anda memenangi hadiah eksklusif melalui aplikasi Sunway Malls, termasuk peluang untuk mendapatkan set pakaian keluarga sedondon daripada Khatam, Kapten Batik dan banyak lagi!
Sementara itu, Manis Journey memberi ganjaran kepada anda semasa makan di premis mereka! Berbelanja RM30 ke atas dalam satu resit di mana-mana 3 restoran sepanjang kempen, muat naik resit melalui aplikasi Sunway Malls, dan tebus baucar makanan di Kaunter Ganjaran di LG2 Orange Concourse.Nostalgia permainan tradisional raya & inisiatif CSR
Alami nostalgia Raya dengan permainan tradisional zaman kanak-kanak seperti congkak dan batu Seremban, yang telah menyatukan keluarga sejak turun-temurun. Sama ada anda ingin mencuba permainan klasik ini buat pertama kali atau sekadar mengimbau kenangan manis, nikmatilah detik keseronokan yang sederhana ini sambil memelihara warisan budaya kita.
Jangan lupa juga untuk merakam momen Raya terindah anda di kiosk foto ‘Manis Moments’ kami, sebagai kenangan manis yang boleh dikenang selamanya.
Selain mencipta kemeriahan, Sunway Pyramid turut menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan melalui pelbagai inisiatif CSR:
Kerjasama dengan KitaRefill dan Hometoomuch bagi menyediakan bantuan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan
Kerjasama dengan SJ Echo – platform berita komuniti Subang Jaya – serta ADUN Subang Jaya untuk mencetuskan impak positif yang lebih luas dalam komuniti
Derma RM1 untuk setiap produk yang dijual di reruai amal – setiap pembelian anda mampu membawa perubahan
Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, mampu mengukir senyuman paling manis di Raya ini.
Jom singgah ke Sunway Pyramid untuk mencipta kenangan Raya yang paling manis! Sama ada untuk nikmati makanan, membeli-belah, bermain permainan tradisional klasik, atau menyumbang kepada kebajikan, ada sahaja sesuatu untuk anda dalam sambutan istimewa ini.
Sertai mereka dari 7 Mac hingga 6 April 2025 di Sunway Pyramid dan alami kemeriahan Raya yang luar biasa!
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Raya di Sunway Pyramid serta tawaran eksklusif dan aktiviti menarik, layari laman web Sunway Pyramid atau ikuti media sosial rasmi mereka di @sunway_pyramid.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!