seismik

"Punca Malas Make Up" - Gadis Kongsi Cara Wanita Pakai Eyeliner Buat Ramai Boleh Relate

Betul!

Cover image via @era.rawther (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah bagi seorang wanita supaya nampak cantik untuk diri mereka

Dari bahagian atas hinggalah bahagian bawah, penjagaan ini sangat penting buat mereka. Ada sesetengahnya merasa dengan bersolek dapat menaikkan keyakinan diri. Namun, itu terpulang kepada individu berkenaan.

Lain pula dengan video lawak yang dikongsikan oleh gadis ini tentang perangai perempuan semasa memakai eyeliner ternyata telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@era.rawther

It’ll be like that, ALWAYS

original sound - zanazahan

Tunjuk perangai perempuan bila nak pakai eyeliner

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang melakukan gelagat dan perangai perempuan semasa mereka memakai eyeliner.

Dapat dilihat pada awalnya ia kelihatan biasa, namun di pertengahan semakin lama dia semakin tidak berpuas hati dengan hasilnya.

Hal itu membuatkan habis seluruh bahagian mata menjadi hitam oleh kerana mahu sangat kelihatan cantik.

"Itu sebab saya malas nak bermake up" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ramai yang boleh relate dengan situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 662K views, 50.9K likes dan 402 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tahu-tahu dah jadi rupa macam pencuri dah. Adoi! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: