seismik

"Pulut Ikan Masin" - Gelagat Ibu Pertama Kali Masuk Kedai Sushi Ini Undang Tawa Ramai

Pulut ikan masin pun bolehlah.

Cover image via @yatie_azizie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini yang gemar dengan makanan Jepun iaitu sushi betul tak?

Kadangkala sanggup datang tiap minggu demi melepaskan rasa mengidam mereka terhadap sushi. Tetapi, ada juga yang tidak suka makan sushi kerana rasanya yang mentah.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan gelagat seorang ibu pertama kali masuk kedai sushi telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelik tengok sushi sampai samakan dengan pulut ikan masin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi gelagat ibunya yang pertama kali memasuki kedai makanan sushi.

Pada awalnya kelihatan si ibu hanya memandang makanan itu dan tidak mengambilnya kerana tidak mahu makan. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila ibunya menyamakan salah satu makanan di situ seperti pulut ikan masin kerana rupanya. Malah, cara si ibu memegang chopstick juga membuatkan sehingga wanita itu tergelak melihat gelagat ibunya sendiri.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@yatie_azizie Part 2. Buat hal mak dekat sushi ada pulut ikan masin kabonya #fypppppppppppppp #lamourexclusiveperfume bunyi asal - Cik_yatie
@yatie_azizie Balas kepada @rozannafaried Nahhhh ni die #fypppppppppppppp #TThot bunyi asal - Cik_yatie

"Tak terfikir pula pulut ikan masin, comel lah mak cik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar gelaran makanan yang dipanggil mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 88.7K views, 2,548 likes dan 163 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak sangka ada pulut ikan masin dekat kedai sushi ya. Comel je perangai mak dia :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: