seismik

Puluhan Gerai Uptown Kota Damansara Dilaporkan Disambar Api & Musnah Terbakar Malam Tadi

Difahamkan, tiada nyawa yang terkorban.

Cover image via bharianmy (TikTok) & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, Petaling Jaya, musnah dalam kebakaran pada pukul 8.30 malam tadi

Menerusi laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.34 malam.

"Susulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi.

"Kerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi dan api berjaya dikawal pada jam 9.06 malam,"
katanya.

Jelasnya lagi, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.06 malam dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh anggota bomba.

Siasatan sedang dijalankan berhubung jumlah gerai yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.

"Ketika kejadian semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@bharianmy Puluhan gerai Uptown Damansara musnah terbakar #beritaditiktok original sound - Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: