seismik

Puasa Tapi Tidak Solat. Sah Atau Tidak Sah Puasa Itu? Ini Jawapan Mufti

Kedua-dua ibadah sembahyang lima waktu serta berpuasa pada bulan Ramadan merupakan amalan wajib dilakukan dan terdapat dalam Rukum Islam.

Cover image via Google

Bulan Ramadan telah pun tiba, bermakna kesemua umat Islam dituntut untuk menunaikan ibadah puasa selama sebulan, sebelum tibanya hari lebaran

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu manakala dari segi syarak pula bermaksud menahan diri pada waktu siang daripada melakukan perkara-perkara tertentu dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Image via LDII Balikpapan

Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang mana syariat ini diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. 

Image via SAYS

Di samping itu, bulan Ramadan juga merupakan bulan yang paling banyak amal timbangannya kerana merupakan bulan penuh keberkatan dan paling mulia disisi Allah SWT. Oleh yang demikian, disarankan kita untuk memperbanyakkan ibadah sunat pada bulan ini, tanpa meninggalkan ibadah yang wajib seperti solat lima waktu.

Namun begitu, yang menjadi persoalannya adalah bagaimana dan apakah pula hukum bagi orang Islam yang berpuasa tetapi tidak sembahyang?

Seperti yang sudah diketahui oleh semua umat Islam, kedua-dua ibadah sembahyang lima waktu serta berpuasa pada bulan Ramadan merupakan amalan wajib dilakukan dan terdapat dalam Rukum Islam.

Image via Tanwir MY

Meskipun begitu, masih terdapat sebilangan umat Islam yang tidak mengamal dan mempraktikkannya. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengemukakan pandangannya berkenaan perkara ini dalam laman rasmi Pejabat Mufti WP.

Baca pandangan penuh di bawah:

Untuk menjawab soalan ini, sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat. Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

Image via Kosmo

 Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.

Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya.

Image via SAYS
Image via SAYS

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:

Image via Adam Hawa
  • Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
  • Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain. Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”.

Riwayat Bukhari & Muslim

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Kami di SAYS Seismik ingin mengucapkan Salam Ramadan Mubarak dan semoga ibadah kita berlangsung dalam keadaan sempurna serta diterima Allah SWT. Amin!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wanita-wanita semua, jom berhijab bulan Ramadan ini!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: