PTPTN Umum Dividen Simpanan SSPN Capai 4.05 Peratus, Tertinggi Dalam Tempoh 10 Tahun
Syukur Alhamdullilah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara ini menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan yang efektif bagi memastikan pulangan optimum dapat diberikan kepada pendepositnya.
"Pemberian dividen pada kadar 4.05 peratus adalah lebih tinggi berbanding agihan sebanyak 3.60 peratus bagi 2023.
"Kadar dividen ini juga adalah kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Peningkatan ini disokong strategi pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberikan pulangan yang tinggi dan positif," katanya.
Jumlah pendeposit Simpan SSPN semakin meningkat
Perkara ini terbukti menerusi jumlah keluruhan deposit Simpan SSPN bagi 2024 sebanyak RM3.17 bilion berbanding RM3.15 bilion yang direkodkan pada 2023 sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.77 peratus atau RM24.37 juta.
"Jumlah keseluruhan deposit terkumpul bagi Simpan SSPN yang diterima sehingga 31 Disember 2024 adalah RM20.56 bilion.
"Apa yang lebih menarik, minat menabung dalam Simpan SSPN dalam kalangan masyarakat Malaysia sepanjang tahun lalu turut meningkat, apabila lebih 500,000 akaun baharu direkodkan," katanya.
Tambahnya, dividen akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai Jumaat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!