seismik

Empat Pelajar 17 Tahun Dilapor Hilang Di Gunung Bubu

Empat orang pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang ketika menuruni Gunung Bubu.

Cover image via mantegakacang.blogspot.com

[TERKINI] Pelajar Yang Maut Di Gunung Bubu Mati Lemas Kerana Ingin Menyelamatkan Rakannya

Orang ramai mengusung mayat mangsa

Image via melvister.com

A student jumped into a river to rescue his drowning friend although he did not know how to swim. Both died.

thestar.com.my

It is believed that Adam Asyraf had slipped and fell into Sungai Gading before being swept away by the strong currents. It was then that Muhammad Amir Aysraff tried to help his friend and got into the water as well.

thestar.com.my

However, Muhammad Amir Aysraff did not know how to swim and drowned as well.

thestar.com.my

18 Mac: Dua Pelajar Yang Masih Hilang Di Gunung Bubu Ditemui Mati Lemas Pada 3.20 Petang

Adam Asyraf (kiri) dan Amir Asyraf

Image via thestar.com.my

Mayat Adam Asyraf Azman dan Mohd. Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan pada pukul 3.20 petang semalam (18 Mac).

utusan.com.my

Their bodies were brought out of the jungle at 6.45pm and were sent to Kuala Kangsar Hospital for a post-mortem.

yahoo.com

Menurut Laporan, Kedua-Dua Mangsa Terjatuh Ke Dalam Sungai Dan Terus Hanyut Ditelan Arus

They were all trying to find their way back when two of them fell into the river. The survivors could only watch helplessly as their friends were swept away by the currents.

yahoo.com

9 Pagi: Dua Daripada Empat Pelajar Yang Hilang Telah Berjaya Ditemui Dalam Keadaan Selamat

Dua orang pelajar yang hilang telah ditemui

Image via hmetro.com.my

Dua daripada empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang hilang ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Bubu dekat Ulu Kenas berjaya ditemui pagi tadi (18 Mac).

bharian.com.my

Mereka ialah Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fitri, kedua-duanya berusia 17 tahun, dijumpai pada pukul 9 pagi di persisiran Sungai Gading.

utusan.com.my

Kedua-Dua Pelajar Tersebut Ditemui Dalam Keadaan Lesu Dan Segera Dihantar Ke Hospital

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Supritendan Alias Seman berkata, ketika ditemui pelajar berkenaan dalam keadaan lesu dan keletihan.

utusan.com.my

Hospital Kuala Kangsar, Perak

Image via perak.home.net.my

"Kedua-dua pelajar itu dihantar segera ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan dan rawatan," katanya kepada pemberita .

utusan.com.my

16 Mac: Empat Pelajar, Kesemuanya Berumur 17 Tahun Dilapor Hilang Ketika Menuruni Gunung Bubu Pada Petang Ahad

Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu di Ulu Kenas dalam kejadian petang Ahad.

mstar.com.my

Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Image via kvkualakangsar.edu.my

Mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus.

mstar.com.my

"Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang ahad," katanya.

sinarharian.com.my

Mereka Merupakan Sebahagian Daripada 25 Pelajar Tingkatan Lima Yang Mengikuti Program Perkhemahan 3 Hari 2 Malam Di Gunung Bubu

Mangsa-mangsa merupakan antara 25 pelajar daripada sekolah vokasional itu telah mengikuti perkhemahan di kawasan hutan lipur sejak tiga hari lalu bermula Jumaat yang turut disertai enam guru pengiring.

peraknews.com

Operasi Mencari Dan Menyelamat Melibatkan 127 Orang Dimulakan Pada Malam Ahad Dan Seterusnya Bersambung Hari Seterusnya

Operasi ini turut disertai 127 orang termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Unit Udara Bomba, polis, NGO dan orang awam.

sinarharian.com.my

Bomba dan Penyelamat

Image via www.helis.com

Ismail berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk pada 11.35 malam Ahad. Operasi bersambung semula pada 7 pagi Isnin.

mstar.com.my

Keempat-Empat Pelajar Terbabit Hanya Berbekalkan Air Bersama Mereka Yang Mungkin Tidak Bertahan Lama

Image via www.dw.de

Menyentuh kemungkinan mangsa mungkin kelaparan, Ismail berkata guru pengiring memaklumkan pelajar terbabit ada membawa minuman namun tidak dapat bertahan lama.

sinarharian.com.my

"Semua keluarga pelajar berkenaan telah dimaklumkan, dan anggota keluarga ada berada di sini dan diberi kemudahan penginapan," kata Ismail Darus.

sinarharian.com.my

Pernahkah Anda Dengar Nama Gunung Bubu?

Gunung Bubu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Ketinggiannya 1,657 meter. Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak. Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane.

wikipedia.org

Puncak Gunung Bubu

Image via ping.busuk.org

Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil.

wikipedia.org

Pernah berlaku kemalangan di mana pendaki yang bermalam di puncak Gunung Bubu di panah petir sehingga menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, pendaki dinasihatkan untuk tidak bermalam di puncak sebaliknya boleh bermalam di Kem Sg Gading ataupun Kem Batu Dinding.

wikipedia.org

Pada Bulan Disember Dan Januari Lalu, Terdapat 2 Kes Kematian Di Bukit Tabur

You may be interested in: