seismik

Profesor Madya Azmi Sharom Dari UM Jadi Mangsa Terbaru Akta Hasutan

Semakin hari semakin ramai pemimpin parti pembangkang didakwa di bawah Akta Hasutan. Bila ia akan berakhir?

Cover image via themalaymailonline.com

[TERKINI] Ratusan Pelajar Dan Pensyarah UM Sertai Hartal Sokong Dr Azmi Sharom

Lebih 500 mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya (UM) berarak di kampus itu pada 10 September 2014 sebagai tanda bantahan terhadap kes mahkamah yang melibatkan pensyarah undang-undang UM, Profesor Madya Dr Azmi Sharom.

astroawani.com

Dr Azmi memberi ucapan kepada penyokongnya dalam perarakan bantahan Akta Hasutan.

Image via themalaysianinsider.com

Protes digelar "hartal" anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) itu bermula dengan perarakan mahasiswa daripada Fakulti Undang-Undang hingga ke perhentian bas utama di kampus tersebut.

themalaysianinsider.com

Kebanyakan mahasiswa yang hadir mengenakan pakaian berwarna hitam dan memakai reben biru sebagai menandakan hak untuk bersuara.

astroawani.com

Perarakan Tersebut Bukan Sahaja Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Dr Azmi Malah Bertujuan Memperjuangkan Empat Perkara Penting Di Bawah:

1. Menggugurkan semua tuduhan terhadap Dr Azmi di bawah Akta Hasutan 1948. astroawani.com
2. Memansuhkan dengan segera Akta Hasiuan 1948 yang merupakan peninggalan pemerintahan kolonial yang zalim, kerena ia mengekang kebebasan asasi bersuara secara mutlak. astroawani.com

Mahasiswa membawa sepanduk tanda bantahan Akta Hasutan.

Image via astroawani.com
3. Memastikan semua cabang kerajaan mentadbir urus negara dengan lebih baik dan memberi jaminan terhadap undang-undang dan demokrasi untuk melindungi kebebasan hak asasi bagi semua rakyat Malaysia. astroawani.com
4. Meingkatkan kehormatan dan mendukung prinsip kebebasan akademik, kerana tanpanya, seluruh universiti di Malaysia akan kekal terbelakang di peringkat antarabangsa. astroawani.com

Dr Azmi Dalam Ucapannya Melahirkan Rasa Bangga Melihat Solidariti Yang Ditunjukkan Para Pelajar UM Dalam Menentang Akta Hasutan Serta Memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara

"Saya sudah bekerja sebagai pensyarah selama 24 tahun. Kalau saya jadi peguam, saya sudah boleh beli kereta dan rumah mewah. Tetapi tiada wang yang dapat membeli rasa bangga saya apabila melihat para pelajar saya yang memperjuangkan kebebasan bersuara."

astroawani.com

Dr Azmi Sharom tiba di perarakan.

Image via astroawani.com

"Saya berterima kasih tetapi ini bukan untuk saya. Hakikatnya mereka hadir kerana sedar pentingnya memansuhkan Akta Hasutan ini. Dan kita akan teruskan perjuangan sehinggalah ia tidak digunakan," katanya.

themalaysianinsider.com

Protes itu juga disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PKR termasuk Ketua Pemuda, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

malaysia-chronicle.com

8 September: Pelajar UM Boikot Kelas Tanda Protes Akta Hasutan

Image via SAYS.com

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan hasrat untuk tidak menghadiri kelas pada Rabu ini, 10 September 2014 bagi menyertai perhimpunan aman menyokong penyarah undang-undang, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

mstar.com.my

Kumpulan yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) turut menggesa semua mahasiswa universiti itu supaya menghadiri perhimpunan dan perarakan aman itu sebagai tanda prostes.

mstar.com.my

Ketua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Berpendapat Tindakan Ini Perlu Dilakukan Bagi Menghantar Mesej Menentang Sebarang Bentuk Ketidak Adilan Terhadap Kebebasan Akademik

"Kami akan berkumpul di pada tengah hari di kawasan lapang di bawah matahari panas dan meminta anda untuk mengorbankan keselesaan anda untuk Azmi, " katanya pada sidang akhbar di hadapan Dewan Tunku Canselor Tunku pada Isnin, 8 September 2014.

mstar.com.my

Perhimpunan itu dianjurkan bersama dengan Kesatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) pada pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang dan diikuti dengan siri ceramah ringkas oleh beberapa ahli akademik.

mstar.com.my

Pada 2 September 2014, Seorang Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom Telah Disabitkan Dengan Pertuduhan Menghasut Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Prof Madya Dr Azmi Sharom merupakan ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan.

Image via themalaymailonline.com

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 September 2014 dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

astroawani.com

Azmi Dituduh Menghasut Berhubung Kenyataannya Mengenai Isu Menteri Besar Dan Krisis Perlembagaan Perak Pada Tahun 2009 Dan Artikel Yang Dilaporkan Portal The Malay Mail Pada 14 Ogos 2014

Pensyarah Undang-Undang itu dituduh menghasut berhubung kenyataannya mengenai isu Menteri Besar Selangor dan krisis Perlembagaan Perak pada tahun 2009.

keadilandaily.com

Beliau juga didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu, dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos 2014).

themalaysianinsider.com

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta hasutan 1948 dengan pendakwaan pilihan bawah Seksyen 4(1)(c) akta yang sama, iaitu mengeluarkan kenyataan menghasut.

keadilandaily.com

Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.

mstar.com.my

Ratusan Penyokong Azmi Berkumpul Di Mahkamah Bagi Menunjukkan Protes Terhadap Dakwaan Tersebut. Beliau Kemudiannya Diikat Jamin Sebanyak RM5,000 Dan Perbicaraan Kes Ditangguhkan Pada 3 Oktober 2014.

Azmi kemudian diikat jamin sebanyak RM5000 dan mahkamah menetapkan perbicaraan kes ini pada 3 oktober 2014. Beliau diwakili peguam, Gobind Singh Deo.

keadilandaily.com

Penyokong Azmi berkumpul di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menentang Akta Hasutan 1948.

Image via thestar.com.my

Sebelum itu, Mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan kira-kira 100 penyokong yang menentang akta drakonian berkenaan.

keadilandaily.com

Antara yang hadir termasuk Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil, Peguam Syahredzan Johan dan puluhan pelajar Persatuan Mahasiswa UM (PMUM).

keadilandaily.com

Ketua Biro Pelaburan Dan Perdagangan PKR, Wong Chen Membayangkan Kejatuhan Ekonomi Negara Sekiranya Akta Hasutan Ini Diteruskan Dan Dijadikan Senjata Kerajaan Untuk Menentang Pihak Lawan

Ketua Biro Pelaburan Dan Perdagangan PKR, Wong Chen.

Image via selangorku.com

"Kesan pendakwaan hasutan ini boleh memberi kesan daripada sudut ekonomi apabila media luar negara mula menghidu apa yang berlaku dalam Malaysia."

themalaysianinsider.com

"Ia akan memberi kesan signifikan kepada ekonomi negara. Ia juga mempunyai kesan dalam menegakkan undang-undang. Golongan teknokrat dalam BN perlu menghentikan perkara ini. Di mana keadilan dan kesaksamaan?" katanya.

yahoo.com

Pertuduhan Di Bawah Akta Hasutan Ini Didapati Semakin Berleluasa. Dalam Bulan Ogos Sahaja, Terdapat Lima Dakwaan Berbeza Dikenakan Kepada Ahli Politik Pembangkang. Bagaimana Pula Bagi Tahun 2014?

Susulan Daripada Siri Pendakwaan Ahli Politik Pakatan Rakyat Di Bawah Akta Hasutan Sejak Kebelakangan Ini, PKR Melancarkan Kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) Pada 3 September 2014 Bertujuan Memberi Tekanan Kepada Putrajaya

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bercakap kepada media dalam sidang media bersama beberapa pemimpin PKR lain di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada 3 September 2014.

Image via themalaysianinsider.com

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata mereka tidak yakin dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta yang sekarang ini digunakan untuk mengekang pengkritik pentadbirannya.

themalaysianinsider.com

"PKR yakin Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan oleh mana-mana pentadbiran Umno dan Barisan Nasional, malah mereka akan menggunakan peruntukan dalam akta lain untuk terus menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka," kata ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

yahoo.com

PKR Berpendapat, Kerajaan Akan Tunduk Kepada Tuntutan Memansuhkan Akta Tersebut Hanya Dengan Mobilisasi Massa Sebagai Contoh Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sebelum Ini

Undang-undang ISA berjaya dimansuhkan atas desakan rakyat.

Image via malaysia-kini.com

"Hasrat sebahagian besar rakyat yang mahu Akta Hasutan ini dimansuhkan hanya dapat dicapai melalui gerakan rakyat, seperti yang dibawa Gerakan Mansuh ISA dulu," kata Rafizi.

themalaysianinsider.com

Katanya, antara langkah yang bakal diambil untuk menjayakan gerakan tersebut, PKR akan mengadakan jelajah seluruh negara untuk menjelaskan penindasan akta tersebut yang diguna pakai sejak zaman penjajah British itu.

yahoo.com

Dalam Laporan Lain, Badan Pertubuhan Kerajaan (NGO) Merasakan Akta Hasutan 1948 Ini Dapat Melindungi Golongan Bukan Melayu. BACA SINI:

You may be interested in: