seismik

Produk Jeruk Limau Viral Ada Kandungan Toksik Tidak Dijual Di Malaysia

Nasib baik tak jual! Fuh...

Cover image via Google

TERKINI: Tular hari ini mengenai produk jeruk limau popular disahkan mengandungi kandungan toksik yang tinggi dan membahayakan pengguna

Keterangan dari Pertubuhan Kesihatan Sedia (WHO) juga menyatakan bahawa ianya berbahaya kepada kanak-kanak. Terutamanya apabila dimakan dan ianya boleh menyerang otak serta sistem saraf yang mampu mengakibatkan koma, sawan dan kematian.

Image via Google

Namun, mengikut laporan yang baru sahaja dikeluarkan sebentar tadi menjelaskan bahawa jeruk limau keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari China yang telah dikesan mempunyai kandungan plumbum itu sememangnya TIDAK DIIMPORT DI MALAYSIA.

Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah. Beliau juga berkata, berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia, dari tahun lalu sehingga kini, produk makanan berkenaan langsung tidak diimport ke Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Image via New Straits Times

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk yang diimport dari China

Beliau menambah, “Sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

“Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya dan adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terbabit seperti pengimport, ejen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan," kata Datuk Dr Noor Hisham.

Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh hubungi sendiri Pejabat Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang terdekat. Klik sini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Produk jeruk limau yang dikatakan mengandungi plumbum:

You may be interested in: