Prince Syed Belanjakan Hampir RM1 Juta Beli Barang Kemas Isteri - "Allah, Nak Demam Rasa"
Suami of the year ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang influencer di TikTok, Prince Syed membelanjakan hampir RM1 juta barang kemas untuk isterinya
Menerusi perkongsiannya di TikTok, pempemgaruh itu menyatakan dia telah menghabiskan sejumlah RM980,000 membeli barang kemas buat isterinya sempena Hari Raya yang bakal tiba.
"Lepas geram shopping raya, tu harga lepas diskaun semua, pada saya okay sangat nilai RM980,000 tu dengan banyak emas yang dapat dibeli kali ini untuk pakai raya tapi banyak sangat diskaun mereka bagi kat saya.
"Alhamdulillah, jauh sangat beza harga, tak sangka layanan staf bagus, tak perasan yang saya berhabis hampir satu juta ringgit kat kedai ni sahaja," tulisnya.
Menghargai jasa dan pengorbanan isterinya selama ini
Baginya, dia tidak kisah dengan nilai yang dibelanjakan untuk isterinya itu kerana jasa dan pengorbanan isteri dianggap lebih penting.
"Ya Allah, berkat rezeki berusaha dan nilai tu tak penting, yang penting adalah jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada disisi kita susah dan senang, moga isteriku akan jadi isteri solehah dan janganlah kita berlagak dalam hidup.
"Kita beli apa-apa cukuplah sekadar dapat merasa sedikit nikmat syurga dunia cuma janganlah berlebih-lebih, ikut kemampuan InsyaAllah," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!