seismik

“Premis Patuhi Waktu Operasi Atau Berdepan Tindakan” - Datuk Seri Ismail Sabri

Setiap premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam sepanjang tempoh PKPP.

Cover image via Google

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menegaskan di mana setiap premis perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam sahaja

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan).

Image via Malay Mail

Beliau menjelaskan bahawa mana-mana premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan oleh pihak kerajaan iaitu 12 tengah malam bakal berhadapan dengan tindakan akibat ingkar arahan.

Menurut laporan, pihak kerajaan masih mendapati ramai yang masih keliru dengan waktu operasi premis perniagaan yang hanya dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja.

Malah, difahamkan juga bahawa terdapat kedai serbaneka 24 jam beroperasi sehingga 24 jam dan kerajaan tidak mengetahui keadaan itu sama ada mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sebaliknya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Mesyuarat Khas hari ini menetapkan waktu operasi bagi premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam hanya dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja. 

"Bagaimanapun, klinik swasta dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Malah, ada kedai serbaneka 24 jam apabila klinik dibuka 24 jam, dia pun nak buka sama, sedangkan (soal) sakit tidak mengira waktu.

"Tetapi kalau kedai serbaneka buka hanya untuk beli rokok, itu (rokok) bukan barang keperluan yang membolehkan mereka buka sehingga 24 jam," katanya.

Ingat, patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan jika tak mahu dikenakan tindakan. #KitaJagaKita

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: