seismik

Prank Menyamar Jadi Perempuan Dalam Ome TV, Pemuda Ini Terkejut Dengan Apa Yang Dilihat

Hati-hati girls!

Cover image via @fakhrulllllll (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang pelbagai aplikasi yang kita boleh lihat digunakan untuk berkenalan dengan seseorang

Daripada aplikasi secara mesej, kini anda juga sampai boleh berkenalan dengan seseorang menerusi video call saja.

Tidak dinafikan, perkara sebegini ada bahayanya dan perlulah berhati-hati kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berjumpa.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda menyamar jadi perempuan dalam video call terkejut dengan apa yang dilihat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak prank tapi terkejut pula dengan apa yang dilihat

Menerusi video dari @fakhrulllllll, kelihatan semasa itu dia sedang bersiap sedia untuk melakukan prank melalui Ome TV dengan menyamar sebagai seorang perempuan.

Namun, selepas melihat beberapa orang di dalam video call itu, dia ternampak seseorang menunjukkan alat kemaluannya.

Perkara itu membuatkan pemuda terbabit terkejut dan terus menghentikan video callnya kerana tidak menyangka akan melihat situasi seperti itu.

"Dah pernah kena, nasib baik sempat mengucap lepastu gelabah terus end Ome" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 29.8K views, 3,236 likes dan 126 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bahaya betul kalau jadi macam ni. Hati-hati guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: