seismik

"Portion Besar & Berpatutan" - Nikmati Makanan Lazat Di Restoran Cina Muslim Ini

Harga dia memang murah!

Cover image via @salamnoodles (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada antara kalian yang gemar akan Chinese food, betul tak?

Namun, anda mungkin tak tahu di manakah anda boleh mendapatkan makanan Cina yang Halal dan sedap.

Tahukah anda bahawa anda boleh nikmati Chinese food di restoran Cina Muslim, Salam Noodles? Ya, betul.

Oleh itu, di sini kami kongsikan beberapa hidangan must-try di Salam Noodles yang boleh anda cuba.

Terdapat aneka makanan yang disediakan di Salam Noodles dengan portion yang besar

Antara menu must-try Salam Noodles ialah Xingjiang Mutton Roasted Stick dan juga Xingjiang Chicken Roasted Stick mereka.

Rasanya yang penuh dengan rempah membuatkan ramai orang gemar akan makanan ini. Anda boleh dapatkan hidangan ini dengan hanya RM2.20 untuk ayam dan RM2.80 untuk mutton setiap satu cucuk.

Anda peminat dumpling? Hidangan ini wajib untuk anda cuba! Salam Noodles menyediakan dua jenis dumpling iaitu ayam dan juga daging lembu.

Dumpling mereka sememangnya lembut dan sangat sedap. Inti ayam atau daging memang tidak kedekut langsung.

Anda juga boleh memilih sama ada anda mahukan dumpling anda kering ataupun bersup. Dumpling mereka dijual dengan harga RM9.90.

Salam Noodles turut tawarkan pelbagai jenis nasi dan mi untuk santapan para pelanggan

Salam Noodles menawarkan 5 jenis nasi dengan harga antara RM8.50 hingga RM9.50. Antara menunya ialah Braised Chicken Rice, Braised Beef Potato Rice, Minced Beef Rice, Mutton Curry Rice dan juga Mushroom Chicken Rice. 

Aneka mi juga disediakan sama ada mi bersup ataupun mi kering. Mi mereka dijual dengan harga antara RM7.50 hingga RM9.50. Dengan portion yang besar, dekat mana lagi anda boleh dapatkan hidangan sebegini? Hanya di Salam Noodles tau.

Antara menu mi yang dijual ialah Braised Chicken Noodles, Minced Beef Soup Noodles, Mutton Curry Gravy Noodles dan banyak lagi.

Anda tidak akan menyesal kalau makan di Salam Noodles kerana harganya murah dan rasanya yang sedap

Alamat:
4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi:
Isnin hingga Ahad (11:00 AM hingga 10:00 PM)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: