seismik

Polis Berjaya Halang Serangan Bom Militan Malaysia Ke Atas Pub, Disko Dan Kilang Bir

Krisis ISIS di Iraq dan Syria kini semakin serius sehingga menular ke negara Malaysia.

Cover image via www.kedahnews.com

Pihak Polis Memberitahu Bahawa 19 Suspek Militan Malaysia Yang Telah Berjaya Ditangkap Dari April Hingga Jun Telah Merangka Rancangan Untuk Mengebom Pub, Disko Dan Tempat Pembuatan Bir

Seramai 19 orang ditahan apabila dipercayai terlibat dalam kempen jihad di Syria.

Image via mstar.com.my

Polis Malaysia telah berjaya menggagalkan pelan pengeboman yang telah dirancang oleh kumpulan militan radikal Islam Malaysia yang diilhamkan oleh ISIS, kumpulan jihad ekstremis di Iraq.

thestar.com.my

Menurut Penolong Ketua Pengarah, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, seramai 19 suspek militan yang telah berjaya ditangkap dari April hingga Jun telah merangka rancangan untuk mengebom pub, disko dan tempat pembuatan bir milik pengeluar Carlsberg.

thestar.com.my

Namun Begitu, Pelan Itu Masih Lagi Dalam Rangka Awal Malah Kumpulan Itu Dikatakan Tidak Mempunyai Kepakaran Dan Pengetahuan Dalam Menghasilkan Bom

Militan Malaysia menuntut ilmu pengeboman bersama ISIS di Turki dan Syria.

Image via news.com.au

Sesetengah daripada mereka ditahan di lapangan terbang ketika dalam perjalanan ke Turki dan Syria untuk mendapatkan latihan dan sokongan dari ISIS.

thestar.com.my

"Mereka masih lagi di peringkat awal dalam membincangkan rancangan mereka dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan membuat bom," kata Ayob Khan.

thestar.com.my

Selain Merangka Rancangan Pengeboman, Kumpulan Militan Ini Juga Mempunyai Visi Untuk Mewujudkan Pemerintahan Khalifah Di Asia Tenggara Merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina Dan Singapura

Ayob Khan juga memberitahu kumpulan militan ini mempunyai visi untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di Asia Tenggara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura, dan merancang untuk menuntut ilmu di Syria bersama kumpulan ISIS.

thestar.com.my

Militan Ini Juga Dilaporkan Telah Mula Mengumpul Dana Melalui Pelbagai Sumber Termasuk Facebook Untuk Perjuangan Mereka Dan Mengelirukan Orang Ramai Dengan 'Kerja-Kerja Kemanusiaan' Mereka

Ideologi kumpulan militan ini termasuk membunuh orang yang tidak bersalah dan juga umat Islam yang tidak berada dalam kumpulan mereka.

thestar.com.my

Segelintir daripada ahli militan Malaysia telah mula mengumpul dana bagi menyara 'pembelajaran' mereka di Syria dan Turki melalui pelbagai sumber termasuk Facebook dan mengelirukan orang ramai dengan memberitahu segala dana akan digunakan bagi 'kerja-kerja kemanusiaan' mereka.

thestar.com.my

Mereka juga dikatakan mahu mewujudkan rangkaian dengan kumpulan militan serantau dan di serata dunia.

thestar.com.my

Siapakah ISIS? Apakah Yang Mereka Perjuangkan? Dapatkan Segala Maklumat DI SINI:

Sebelum Ini Juga, Kumpulan Ini Dikatakan Merangka Pelan Untuk Melancarkan Serangan Ke Atas Putrajaya

You may be interested in: