seismik

PMX Hadir Majlis Pecah Tanah Masjid Madani, Bakal Atasi Kesesakan Jemaah Di Masjid India

Cantiknya design masjid!

Cover image via Malaysia Gazette & Berita RTM

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Madani di atas tanah wakaf milik syarikat tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) bersebelahn tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, hari ini, 27 Mac 2025

Menurut laporan Berita Harian, tujuan masjid itu dibina adalah untuk mengatasi masalah kesesakan para jemaah yang terpaksa solat di kaki lima jalan raya memandangkan Masjid India menjadi tumpuan orang ramai untuk solat terutama hari Jumaat.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, langkah membina sebuah masjid di persekitaran kawasan sesak dan menjadi tumpuan seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ini amat membantu dan memberi kemudahan untuk pengunjung dari dalam dan luar negeri yang datang membeli-belah.

Image via Berita RTM

PM menegaskan bahawa penyelesaian isu tapak Masjid Madani bukanlah soal kemenangan atau keangkuhan, sebaliknya mencerminkan kebijaksanaan, kekuatan, dan kemuliaan Islam

"Bagi saya, ini adalah falah (kejayaan) sebenar. Kejayaan itu hadir apabila kita mampu menjadi contoh yang baik – Islam itu peribadinya baik, penuh ehsan, penyayang, dan adil.

"Kita tidak bertindak dengan kebencian atau kekerasan. Akhirnya, masjid dapat didirikan, tanah diwakafkan dan kuil dipindahkan melalui rundingan yang baik. Ini kejayaan yang telah kita capai," katanya.

Menurut laporan Malaysia Gazette, pembinaan masjid itu dijangka mengambil masa dua tahun dan dibina di tapak seluas 1,128 meter persegi sekaligus menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di ibu kota.

Difahamkan, Masjid Madani mampu menampung kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa termasuk 592 jemaah di ruang utama solat yang terletak tingkat satu.

Berkonsepkan intipati Malaysia, Masjid Madani yang setinggi empat tingkat akan dilengkapi ruang solat, dewan acara, pejabat dan kemudahan asas lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: