PMX Berganding Bahu Bersama Ejen Ali, Beri Ucapan Istimewa Sempena Hari Guru 2025
Selamat Hari Guru kepada semua yang kami kasihi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Hari Guru 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), memberi ucapan penghargaan istimewa buat para pendidik di seluruh negara menerusi kolaborasi kreatif bersama watak animasi kebanggaan tempatan, Ejen Ali
Menerusi klip video berdurasi 2 minit 25 saat, ia memaparkan rakaman live-action PMX yang berada dalam dunia animasi 3 dimensi Ejen Ali untuk meraikan peranan guru dan sumbangan mereka dalam membentuk nilai pendidikan moden.
Initiatif tersebut adalah bersempena pelancaran Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi, sekali gus menjadi pendekatan baharu yang lebih mesra dengan generasi muda zaman kini.
"Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira luar biasa, guru-guru kita. Seperti ejen-ejen terhebat, mereka sentiasa berjuang di medan ilmu, memastikan misi pendidikan tercapai.
"Semangat mereka tinggi menjulang menjadi tunjang utama negara kita. Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita, mengajar kita, mendidik kita, menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi Madani.
"Sebab itu Ejen Ali, ingat jangan ada angkuh, buli, Ejen Ali akan ada dan bantu kita," katanya.
Sambutan Hari Guru 2025 tahun ini bertemakan 'Guru Pemacu Reformasi Pendidikan'
Menurut PMX, guru memegang peranan penting sebagai ejen transformasi pendidikan. Malah, guru juga merupakan tunjang utama kemajuan bangsa dan wira sebenar yang mencorak masa depan negara.
Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menghargai, menghormati, dan menyanjung tinggi pengorbanan guru, yang jasanya tidak ternilai dan kekal terpahat dalam setiap kejayaan anak bangsa.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri evolusi epik dunia EATM2 di panggung wayang bermula 22 Mei ini!
Filem animasi penuh aksi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang mengujakan.
Kepada peminat tegar Ejen Ali, tiket tayangan awal pada 20 dan 21 Mei sudah boleh dibeli sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!