seismik

[TERKINI] PKPB Di 3 Daerah Di Sabah Bermula 9 Oktober & Selangor Bermula 14 Oktober Ini

PKPB berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 9 Oktober 2020.

Cover image via Google

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri

Image via Astro Awani

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini turut mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang baru diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh KKM melalu laman sosial akaun Twitter @KKMPutrajaya. Baca ciapan penuh tersebut di bawah:

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran (Sabah) dan Klang berkuatkuasa 12.01 tengah malam 9 Oktober 2020

PKPB juga akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam, sehingga 27 Oktober ini.

Pelaksanaan PKPB ini bertujuan untuk membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah-daerah tersebut

Keputusan ini dipersetujui selepas daerah-daerah tersebut mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang tinggi dan dikatakan sebagai zon merah.

Menurut sumber, PKPB ini juga membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Pergerakan keluar masuk di empat daerah ini adalah tidak dibenarkan.

Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) adalah dibenarkan. Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan senaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa SOP yang ditetapkan sepanjang waktu PKPB ini

Berikut di bawah adalah antara SOP yang ditetapkan:

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan yang terlibat.

Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: