seismik

Pinjaman PTPTN Dikurangkan 5% Untuk IPTA Dan 15% Untuk IPTS. Kenapa?

Undang-undang baru ini telahpun berkuatkuasa sejak 1 November 2014.

Cover image via antarapos.com

Mulai 1 November 2014, Jumlah Pembiayaan Baru PTPTN Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dikurangkan Sebanyak 5% Dan 15% Untuk Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Pembiayaan PTPTN dikurangkan 5% bagi pelajar IPTA dan 15% bagi pelajar IPTS.

Image via pembinasarawak.com

Sumber Berkata Bahawa Penyelarasan Itu Dibuat Berikutan Kekangan Dana PTPTN Bagi Menampung Penambahan 50,000 Peminjam Baru Bermula November Ini

Seramai 50,000 peminjam baru dana PTPTN bermula November direkodkan.

Image via wordpress.com

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian."

themalaysianinsider.com

"Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Oktober lalu," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

themalaysianinsider.com

Tambahan Lagi, Dana PTPTN Setiap Tahun Sebanyak RM5 Bilion Juga Terjejas Akibat Prestasi Bayaran Balik Yang Sangat Hambar Dan Tidak Memuaskan

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap tahun, PTPTN memerlukan RM5 bilion untuk memberi pinjaman kepada penuntut di instisusi pengajian tinggi, dan prestasi bayaran balik yang tidak memuaskan telah menjejaskan dana perbadanan itu.

sinarharian.com.my

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Image via selangorpress.com

"Ini semua kesan daripada ramai yang tidak bayar balik pinjaman. Jumlah keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos 2014 ialah sebanyak RM5.37 bilion atau 45.62 peratus berbanding bayaran balik sebenar yang perlu diterima RM11.77 bilion."

bernama.com

"Jumlah peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pula ialah seramai 552,638 pinjaman dengan amaun sebanyak RM4.21 bilion," kata Shamsul Anuar.

hmetro.com.my

Menurut Sumber, Keputusan Ini Tidak Dibuat Secara Terburu-buru Tanpa Memikirkan Beban Kewangan Yang Bakal Ditanggung Pelajar. Bagaimanapun, Pembiayaan Pelajar Perubatan IPTS Tetap Tidak Dikurangkan.

Jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Image via hmetro.com.my

"Keputusan ini dibuat demi meneruskan kelestarian PTPTN dalam memastikan badan itu terus dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan. Sekiranya tindakan ini tidak diambil, dianggarkan 50,000 pelajar lagi tidak dapat diberikan pinjaman," jelasnya.

sinarharian.com.my

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

informasi.my

Pihak PTPTN Kini Melaksanakan Kaedah Baru Untuk Menentukan Kelayakan Jumlah Pembiayaan PTPTN Melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Baca Selanjutnya Di Bawah:

Pihak PTPTN melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

themalaysianinsider.com

Sekiranya data pelajar atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, pelajar tersebut akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.

mysumber.com

Manakala, bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75% pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50% untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000.

informasi.my

Kepada Peminjam PTPTN Yang Masih Belum Melangsaikan Hutang, Anda Mungkin Tidak Dibenarkan Untuk Ke Luar Negara

Oleh Itu, Langsaikan Hutang PTPTN Anda Melalui 7 Langkah Mudah Ini. BACA SINI:

You may be interested in: