seismik

Pilih Laptop Bukan Perkara Mudah. Lihat HUAWEI Matebook D 15 Ini, Macam Pakej Lengkap!

Semuanya ada. :)

Cover image via HUAWEI Malaysia

Nak cari laptop yang sesuai ini ibarat mencari pasangan hidup. Mestilah kena cari yang serasi, kualiti yang baik dan mempunyai perwatakan yang hebat.

Image via Thought Catalog

Semua ini penting untuk pastikan pilihan kita sememangnya tepat.

Jika anda mahukan semua ciri ini dalam sebuah laptop, HUAWEI kini dengan siri laptop terbaru iaitu MateBook D 15 berharga RM2,499 adalah jawapannya!

HUAWEI MateBook D 15

Image via New Straits Times

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi ciri-ciri menarik pada HUAWEI MateBook D 15 ini yang pastinya bakal memikat hati. 

Selain berpenampilan menarik, komputer riba jenama HUAWEI ini juga memiliki ciri seperti berat 1.53kg dan berketebalan lebih kecil dari 17mm dan ia sangat mudah dan ringan untuk memudahkan anda membawanya sebagai peneman ke mana sahaja. Mempunyai rekabentuk unik dan berwarna perak metalik dengan kemasan futuristik, HUAWEI MateBook D 15 ini kelihatan sangat elegan dan mesti anda akan suka untuk memilikinya.

Image via Berita Harian

Kini skrin HD dah jadi trend untuk kebanyakan telefon pintar terkini dan HUAWEI MateBook D 15 ini pun tidak terkecuali. Ciri paparan skrin Full View HD yang terdapat pada HUAWEI MateBook D 15 ini membolehkan anda melihat isi kandungan dengan 87% skrin paparan penuh. 

Ini bermakna anda boleh membaca isi kandungan lebih banyak dalam satu skrin tanpa perlu skroll ke bawah banyak kali. Kalau nak buat kerja dan bahagikan skrin kepada dua untuk menggunakan Excel ataupun Words pun tiada masalah dan kerja anda akan jadi lebih mudah.

Malah, dengan resolusi IPS Full View display 1920X1080 dan skrin ratio 16:9, anda turut dapat merasai pengalaman menyeronokkan apabila membuat tugasan, menonton filem atau bermain game bersama HUAWEI MateBook D 15 ini.

HUAWEI MateBook D 15 ini bersifat melindungi!

Image via ohbulan.com

Setiap orang pasti inginkan privasinya terjaga. Jadi, HUAWEI mendengar setiap kehendak penggunanya dan mengambil inisiatif dengan menghasilkan ciri kamera tersembunyi pada HUAWEI Matebook D 15 ini. 

Kamera tersembunyi yang terletak di antara butang F6 dan F7 ini bercirikan 'pop up' dan hanya berfungsi apabila anda menekan butang gambar kamera. Dah tak perlu risau dengan isu hack siber atau sekiranya anda terakam tanpa sedar.

Image via HUAWEI Malaysia

Menariknya lagi, HUAWEI Matebook D 15 turut didatangkan dengan ciri FullView Display-Blue Light Filter iaitu TUV Rheinland certified khas untuk melindungi mata dari pandangan radiasi berbahaya.

Ia tahu apa yang anda perlu dan mahukan :D

Kolaborasi skrin pelbagai.

Image via HUAWEI Malaysia

HUAWEI MateBook D 15 ini memang memahami!

Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI berkongsi skrin sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan laptop.

Lepas ini anda boleh lebih fokus menyiapkan kerja menggunakan laptop tanpa perlu gangguan dengan peranti lain. Yang lagi best, nak main game pun lebih puas dengan menggunakan skrin yang lebih besar.

Perlu diingatkan, fungsi ini hanya boleh digunakan jika anda mempunyai telefon pintar HUAWEI sahaja.

One-Click Fingerprint Login

Image via HUAWEI Malaysia

Oh ya, HUAWEI MateBook D 15 ini turut dilengkapi dengan ciri One-Click Fingerprint Login, di mana anda boleh power on atau off laptop dengan hanya menggunakan cap jari. Kalau lupa password pun tak jadi masalah, sebab anda hanya perlu tekan Power Button menggunakan cap jari dan voila!

Pocket charger

Image via HUAWEI Malaysia

Leceh betul setiap kali nak bawak charger laptop!

Ha, untuk pengetahuan anda, HUAWEI MateBook D 15 ini menggunakan pengecas Type C, yang membolehkan anda berkongsi wayar USB dengan telefon pintar HUAWEI. Yang lagi menarikpengecas ini juga memberikan perlindungan overheat dan secara automatik akan menyekat kuasa elektrik untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Prestasi HUAWEI MateBook D 15, tak perlu disangkal lagi!

Konfigurasi hardware HUAWEI Matebook D 15 merupakan versi AMD, di mana ia menggunakan pemproses Ryzen 5 3500U terkini, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi yang berkuasa dan fleksibiliti hiburan yang luar biasa.

Image via HUAWEI Malaysia

Siri laptop ini juga dilengkapi dengan dua storan peranti iaitu 256GB SSD dan 1 TB HDD. Ini membolehkan korang menaip dan membaca 50% lebih pantas berbanding saluran memori tunggal! Hebat kan?

Image via ohbulan.com

Nak cari teman istimewa yang terbaik memang susah, samalah macam nak mencari laptop yang memenuhi keperluan harian kita. Tapi buat apa susah-susah nak cari lain kalau dah jumpa HUAWEI MateBook D 15 yang menjanjikan prestasi terbaik dan memudahkan urusan harian anda.

Yang lagi penting, tak semua laptop utama di pasaran setanding dengan HUAWEI MateBook D 15 yang bukan sahaja berteknologi tinggi tetapi berharga mampu milik iaitu hanya RM2,499. 

Anda mungkin dah jumpa “teman istimewa” sempena tahun baru 2020 ini. Jangan lupa untuk nantikan pelancarannya pada 18 Januari 2020 ini ya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI sendiri!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wah, HUAWEI ni best betul!