seismik

Pihak Kondo Selamba Papar Nama Owner Unit Rumah Tak Bayar Bil Maintenance Di Billboard

Kalau tak nak malu, kena settle kan cepat tu.

Cover image via @staywokeproperty (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, tinggal di kondominium sedikit lebih mahal berbanding tinggal di rumah teres biasa

Hal ini kerana kondominium biasanya mempunyai fasiliti lain seperti kolam renang, gimnasium dan kawalan keselamatan untuk penduduk.

Itu semua akan termasuk pada cas penyelenggaraan bagi setiap pemilik unit, berbeza dengan kita tinggal di kawasan perumahan biasa.

Namun, lain pula dengan apa yang berlaku pada penduduk di sebuah kondominium apabila pihak pengurusan mengambil langkah yang 'luar biasa'.

Papar nama dekat papan digital gergasi siapa yang tak bayar caj penyelenggaraan

Menerusi video perkongsian di TikTok @staywokeproperty, kelihatan individu itu menunjukkan sebuah skrin digital besar di kawasan itu.

Difahamkan, pihak pengurusan kondominium mengambil tindakan dengan memaparkan nama pemilik unit yang masih belum menjelaskan yuran penyelenggaraan mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah jumlah hutang yang mengejutkan. Jumlah itu memaparkan dengan angka antara lebih RM5,000 hingga RM15,000+ tertunggak.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: