Pihak Berkuasa Tahan Jemaah Umrah Di Airport, Bawa Pasir Dari Makkah Dakwa Sebagai Berkah
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jemaah tersebut dari negara mana.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dijemput Allah untuk ke Tanah Suci adalah saat yang sangat menggembirakan buat umat Islam
Apatah lagi jika sudah sekian lama menunggu saat itu, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di sana.
Mereka yang pergi ke Tanah Suci perlu berasa untung kerana bukan semua orang dapat memiliki peluang itu, tidak kiralah jika seseorang itu banyak duit sekali pun, jika Allah tidak mengizinkan, maka ia bukanlah masanya.
Sebelum ke Tanah Suci juga kita perlu belajar dan fahami beberapa perkara penting agar tidak berlaku masalah ketika di sana.
Namun, baru-baru ini berlaku perkara yang berada di luar jangkaan ramai apabila ada jemaah yang membawa pulang pasir di sana dek kerana mendakwa ada keberkahan.
Bawa pulang berbotol-botol pasir dari tanah suci, dakwa untuk dapat berkah
Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @asiaimanwisata, kelihatan pihak berkuasa di sebuah lapangan terbang telah menahan seorang jemaah.
Difahamkan, ia kerana jemaah terbabit didapati telah membawa pulang pasir dari Makkah yang didakwa dapat membawa berkah.
Tindakan itu dengan pantas diambil oleh pihak berkuasa yang kemudiannya menyelongkar sehingga menemukan beberapa lagi botol-botol yang lain berisi pasir tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan jemaah berkenaan dari negara mana.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!