seismik

Petani China Potong Kedua-Dua Kakinya Dengan Kaca Kerana Tak Mampu Bedah

Bila manusia dalam keadaan terdesak, manusia akan sanggup melakukan apa saja demi memperoleh hasil yang diidamkan.

Cover image via nydailynews.com

Akibat terdesak dan tidak mempunyai dana untuk membiayai kos pembedahan sebanyak RM5,175, seorang petani di China nekad memotong kedua-dua kakinya menggunakan kaca tajam sehingga putus

Akibat terdesak, Liu Dunhe sanggup memotong kakinya menggunakan kaca tajam.

Image via nydailynews.com

Seorang petani di China sanggup memotong kedua kakinya dengan kaca tajam kerana tidak mampu membayar kos pembedahan sebanyak AS$1,600 (RM5,175), lapor akhbar Daily News.

kosmo.com.my

Petani itu menyimpan rahsia dia memotong kakinya sendiri sehingga lukanya dijangkiti kuman. Dia terpaksa dirawat di hospital apabila luka pada kedua-dua kakinya dijangkiti kuman yang kemudian merebak ke seluruh badannya.

mynewshub.my

Menurut laporan, kaki petani tersebut sebelum ini pernah mereput akibat terdedah pada suhu rendah pada musim sejuk

Kaki Liu Dunhe sebelum ini mereput akibat terdedah pada suhu dingin ketika dia bekerja di ladangnya pada musim sejuk.

Image via twimg.com

Kaki Liu Dunhe sebelum ini mereput akibat terdedah pada suhu dingin ketika dia bekerja di ladangnya pada musim sejuk.

mynewshub.my

Petani yang berusia 44 tahun berkenaan kemudian menggunakan serpihan kaca untuk memotong kedua-dua kakinya.

mynewshub.my

Dia hanya menjadikan minuman alkohol sebagai bius serta merasakan pengalaman memotong kaki sendiri itu sebagai sesuatu yang sangat menyakitkan

Liu Dunhe hanya bergantung kepada minuman alkohol ketika memotong kakinya.

Image via sundayworld.com

"Saya menggunakan serpihan-serpihan kaca tajam untuk memotong kaki saya. Ia sangat menyakitkan."

kosmo.com.my

"Saya terpaksa meminum alkohol untuk membius diri sendiri apabila tidak dapat menahan rasa sakit," kata Dunhe.

kosmo.com.my

Nasib menyebelahi Dunhe apabila penduduk kampung kemudian memberi sumbangan sebanyak RM11,645 untuk beliau menjalani rawatan

Kini, dia sedang dirawat di sebuah hospital setelah mendapat dana terkumpul daripada penduduk kampung.

Image via express.co.uk

Bagaimanapun, penduduk kampungnya yang mendapat tahu tentang penderitaan Dunhe mengumpul derma sebanyak AS$3,700 (RM11,645) bagi membiayai kos rawatan lelaki itu.

kosmo.com.my

Lelaki itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital tempat dia dirawat dalam masa dua minggu lagi.

mynewshub.my

Artikel berkaitan di SAYS: Pemandu Teksi Jepun Ketagih Tengok Perempuan Tahan Kencing Dalam Teksinya

You may be interested in: