seismik

Sebelum Ini Pesta Arak, Kini Pesta Gay Pula Muncul Di KL

Acara ini dikatakan terhad untuk mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Cover image via timeout.com

Belum pun sempat isu pesta arak reda, baru-baru ini kecoh apabila sebuah acara gay dikatakan akan diadakan pada 30 September depan di Kuala Lumpur

Memetik laporan Isma Web parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ adalah parti gay yang terbesar di Asia.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Gaya Dewata

Berdasarkan poster rasmi acara di media sosial, ia dianjurkan sebagai "pemanas badan" yang akan diadakan di Kuala Lumpur menjelang parti tiga hari yang bakal diadakan di Bangkok pada 28 Disember.

Pihak penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja dan berdasarkan poster ia diiklankan sebagai "edisi ekstrem".

Pesta yang dianjurkan oleh DivineBliss Malaysia itu akan melibatkan DJ Danny Dee daripada Thailand dan DJ tempatan Diego Garcia dalam acara tarian beramai-ramai

Imej poster tersebut menunjukkan ilustrasi dua orang lelaki seksi yang sedang berdakapan dan salah seorang daripadanya menarik seluar dalamnya.

Image via terbakor.com

White Party Bangkok mendakwa ia adalah festival gay tahunan terbesar di Asia yang berlangsung di ibu negara Thailand menjelang tahun baru di mana ia akan dihadiri ribuan lelaki yang kebanyakan mereka berpakaian seksi, tidak berbaju dan berseluar dalam sahaja.

Bagaimanapun, menurut laporan Malaysiakini pemilik premis yang dikaitkan dengan acara itu menafikan acara tersebut akan berlangsung. Maklumat lanjut tidak ditemui di laman web dan Facebook penganjur di Malaysia

Namun terdapat satu sumber menyatakan bahawa pengunjung akan dikenakan bayaran RM45 dan diberikan minuman percuma.

Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

White Party BKK 2015

Image via Time Out

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: