seismik

‘Pesta Game’ Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Pada 27 & 28 Mac Ini. Gamers, Alert!

Games, assemble.

Cover image via TV3MALAYSIA Official (Youtube)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

YouTube bersama rakan-rakan acara MyGameOn dan IGN Southeast Asia telah mengumumkan tarikh baru bagi Pesta Game

Pesta Game merupakan Hari Sukan Maya pertama Malaysia yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini.

Acara tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Januari tetapi ditunda bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pencipta, rakan-rakan acara dan semua yang terlibat dijaga ketika pandemik.

8 saluran YouTube LIVE serentak pada hari yang sama

Acara pertama dari siri acara YouTube Super Streams yang akan dianjurkan sepanjang 2021, Pesta Game akan disiarkan dalam Bahasa Malaysia secara serentak merentasi lapan saluran YouTube terbesar Malaysia buat kali pertama! 

Penyiaran akan berlangsung melalui saluran TV3, TV9, Drama Sangat dan Hot TV oleh Media Prima, sehingga ke saluran individu pencipta kandungan yang mengambil bahagian: saudara bertiga Cikidot, ‘vlogger’ gaya hidup Dumpling Soda, pakar gajet Fuzz Channel dan selebriti mukbang Isaac Osman.

Acara selama 2 hari ini bukan sahaja akan menawarkan siaran penuh aksi untuk ditonton. Selain itu, para penonton juga berpeluang untuk menyertai pencipta kandungan kegemaran mereka SECARA LANGSUNG dalam permainan dan memenangi hadiah-hadiah menarik dari Samsung dan juga promosi-promosi eksklusif lain.

Buat peminat sukan dalam talian, jangan lupa saksikan Pesta Game 2021 yang akan berlangsung selama dua hari pada 27 dan 28 Mac ini.

Pelbagai mainan popular akan dipertandingkan dan yang pasti banyak hadiah menarik menanti anda. Kalau berani join lah jadi pemain sekali!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: