Pesawat MAS Dipanah Petir Dalam Perjalanan Ke Langkawi
Lebih 50 penumpang pesawat MAS MH1348 berdepan detik cemas apabila salah satu enjin pesawat berkenaan terkena panahan petir.
Pesawat Malaysia Airlines, MH1348 Dipanah Petir Semasa Dalam Perjalanan Ke Langkawi Dari Kuala Lumpur Pada 20 Mei 2014
Sebuah pesawat MAS dipanah petir semasa dalam perjalanan ke Langkawi pada 20 Mei 2014. Gambar sekadar hiasan.
Image via scmp.comPada 20 Mei 2014, sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambar petir di bahagian enjin.
Harian Metro: Dalam kejadian jam 11.50 pagi, penumpang dan anak kapal dikejutkan dengan satu dentuman kuat sebelum disusuli pancaran cahaya seperti api di bahagian enjin sebelah kiri pesawat terbabit.
Difahamkan, Pesawat Berkenaan Dipanah Petir Selepas Hampir 20 Minit Bertolak Dari KLIA Akibat Cuaca Buruk
Akibat cuaca buruk, pesawat MAS MH1348 telah dipanah petir selepas 20 minit berlepas dari KLIA. Gambar sekadar hiasan.
Image via allvoices.comHarian Metro: Seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, pesawat itu berlepas dari KLIA pada jam 11.05 pagi sebelum berlaku gegaran kuat selepas 15 hingga 20 minit penerbangan dipercayai akibat cuaca buruk.
Harian Metro: “Ketika itu, semua penumpang panik sehingga ada antara mereka menjerit dan menangis,” katanya.
Bagaimanapun, Pesawat MH1348 Itu Berjaya Mendarat Dengan Selamat Di Langkawi Dan Berlepas Pulang Semula Ke KLIA Selepas Itu
Harian Metro: Menurut seorang penumpang, sebaik pesawat mendarat, dia terkejut mendapati kesan berlubang sebesar bola golf pada satu enjin berkenaan.
Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu. Gambar sekadar hiasan.
Image via landor.comNamun, MAS berkata pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.
“Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah,” menurut MAS dalam satu kenyataan.
informasi.my
Untuk Makluman, Pesawat MAS Sememangnya Telah Direka Khas Dan Dilengkapi Dengan Teknologi Yang Mampu Untuk Menahan Panahan Petir
Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat.
Image via vox-cdn.comMAS dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan kerosakan berlaku.
Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat.
informasi.my