seismik

Pernah Bergambar Dengan Sultan Johor? Ini Peluang Anda Untuk Menangi Hadiah Menarik. Wah!

Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar itu akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

Cover image via Facebook @officialsultanibrahim

Mereka yang pernah bergambar bersama DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi “Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor”

Image via Google

Perkara ini telah diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, mempelawa rakyat Malaysia yang mempunyai memori berharga itu dengan menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.

Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar itu akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

PERTANDINGAN "GAMBAR BERSAMA SULTAN JOHOR" Hantar satu keping gambar anda yang terbaik bersama DYMM Sultan Johor untuk...

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Monday, 17 February 2020

Untuk menyertainya, peserta dikehendaki menghantar sekeping gambar bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger laman rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.

Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.

Penyertaan dibuka sehingga 21 Februari ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

So, sesiapa yang ada gambar dengan Sultan Ibrahim itu jom sertai pertandingan ini.

Daulat Tuanku!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS:

You may be interested in: