seismik

Pertama Kali Dalam Sejarah, UPSR & PT3 Tahun Ini Dibatalkan, SPM Ditunda Ke Tahun 2021

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin.

Cover image via Malay Mail

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 dibatalkan

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin dalam satu sidang medianya hari ini berkata, pembatalan UPSR tersebut diyakini tidak akan menjejaskan penilaian terhadap penguasaan murid kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang lain.

Oleh itu katanya, memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan kaedah baru yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

Beliau dalam pada itu berkata, pembatalan PT3 juga tidak akan menjejaskan penilaian penguasaan murid di peringkat menengah rendah

Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin #METROTV #BHTV #NSTTV

Posted by Harian Metro on Wednesday, April 15, 2020

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan," katanya.

Radzi berkata keputusan itu akan terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.  

Tambahnya, sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan tersebut.

Beliau dalam pada itu memaklumkan bahawa peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021, manakala bagi STPM pula, tarikh peperiksaan bagi semester 2 diubah kepada Ogos 2020, Semester 3 pada suku pertama 2021.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: