seismik

Perodua Perkenalkan EV Pertama, Bakal Masuk Pasaran Dengan Harga Bawah RM80,000

Difahamkan, sasaran pasaran utama bagi produk ini adalah golongan muda dan keluarga kecil.

Cover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertamanya dengan harga pasaran di bawah RM80,000

Menerusi laporan Berita Harian, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model berkenaan dijangka akan memasuki fasa pengeluaran akhir pada Oktober ini.

"Sasaran awal pengeluaran bagi EV pertama PERODUA adalah sebanyak 500 unit sebulan di kilang baharu kami di Rawang, Selangor," katanya.

Tambah Zainal, produk baharu itu akan menggunakan komponen tempatan bagi bahagian kritikal, dengan sasaran kadar penggunaan komponen tempatan melebihi 60 peratus.

Model EV berkenaan turut dilengkapi sistem pengecasan pantas 60kW DC dengan jangka hayat bateri sekitar sembilan tahun. Setiap unit bateri juga akan dilengkapi dengan sistem pengenalan khusus bagi tujuan pengesanan dan keselamatan.

Image via Facebook

Beri jaminan nilai jualan semula adalah kekal tinggi

PERODUA turut beri jaminan bahawa nilai jualan semula model berkenaan akan kekal tinggi meskipun selepas bertahun-tahun digunakan.

"Kami memastikan tiada susut nilai ketara berlaku. Tidak seperti kebanyakan EV lain yang menyusut nilai akibat kebimbangan terhadap prestasi bateri selepas lapan tahun, kenderaan kami direka supaya kekal bernilai.

"Malah, pemilik boleh menukar bateri pada harga mampu milik, iaitu di bawah RM80,000, dengan proses penukaran hanya mengambil masa sekitar 30 minit di pusat servis kami yang dilengkapi sistem khas," katanya.

Model perkhidmatan pertukaran bateri sedang diteliti untuk kelebihan pembeli

Zainal berkata, PERODUA juga sedang meneliti model perkhidmatan pertukaran bateri sebagai nilai tambah untuk pengguna. Namun, pelaksanaan penuh bergantung kepada kesediaan sistem infrastruktur nasional dan tahap penerimaan pasaran.

"Kami juga sedang meneliti keperluan 'battery passport' yang diperkenalkan kerajaan. Jika ingin menukar bateri dalam masa dua minit, sistem perlu dapat mendaftar dan memadankan bateri serta kenderaan secara automatik," katanya.

Mengulas tentang sasaran jualan, beliau tidak memberikan angka khusus kerana pelancaran ini merupakan salah satu percubaan baharu bagi PERODUA.

"Sukar untuk menetapkan sasaran tepat kerana kami masih mengkaji tahap penerimaan pengguna. Namun, kami menyasarkan sekitar 500 unit sebulan pada peringkat awal," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: