seismik

Perodua Myvi & Yamaha 135LC Catat Rekod Paling Banyak Terlibat Dalam Kemalangan Tahun 2024

Perkara itu telah dikongsikan dalam acara pelancaran kempen VTAREC 2025 mengenai kecurian kenderaan dan kemalangan jalan raya.

Cover image via Perodua & iMotorbike

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perodua Myvi dilihat mengungguli carta sebagai kenderaan motokar paling banyak terlibat dalam kemalangan bagi tahun 2024

Menerusi laporan New Straits Times, penyelaras Vehicle Theft and Accident Reduction Council (VTAREC), Mas Tina Abdul Hamid berkata rekod daripada industri insurans menunjukkan sebanyak 24,628 tuntutan telah dibuat membabitkan Perodua Myvi tahun lepas.

"Di antara 10 kereta teratas paling kerap terlibat dalam kemalangan, yang mendahului senarai itu ialah ‘King Malaysia’ (Myvi).

"Ini bukan sekadar tuntutan, ia adalah berdasarkan statistik di mana 24,628 Perodua Myvi telah terlibat dalam kemalangan, diikuti Proton Saga dengan 16,159 dan Honda City dengan 13,388," katanya.

Yamaha LC135 mengungguli carta bagi kategori motosikal paling banyak terlibat dalam kemalangan

Sementara itu bagi kategori motosikal pula, Yamaha 135LC telah mengungguli carta tersebut dengan hampir 3,000 kes telah dilaporkan diikuti Yamaha Y15ZR dengan 2,154 kes.

"Kedua-dua kenderaan (Yamaha 135LC dan Y15ZR) menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah kemalangan motosikal tahun lepas," katanya.

Terdahulu, Mas Tina berkata Malaysia telah mencatatkan sejumlah 266,716 kemalangan tahun lepas di mana kemalangan kereta merupakan jumlah tertinggi dengan 229,739 kes diikuti 21,828 melibatkan kenderaan komersial dan motosikal (15,149).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: