Perkasa PMKS Dengan AI & Data Terkini, OHSEM360 Edisi Ketiga Bakal Berlangsung 12 Jun Ini
Pendaftaran untuk acara OHSEM360 adalah percuma dan kini dibuka kepada semua pemilik dan wakil sah PMKS.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Media Prima bersama Dattel Asia Group meneruskan komitmen dalam memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui penganjuran OHSEM360 edisi ketiga yang akan berlangsung pada 12 Jun 2025 bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur
Dengan tema "Bisnes Mantap dengan AI dan Data", acara ini memberi tumpuan kepada strategi praktikal yang mampu mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan PMKS.
OHSEM360 akan menghimpunkan peneraju industri, penggiat teknologi dan usahawan tersohor seperti Pengerusi Funnel Evo Group, Fahdi Ghazali; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Seed4Future, Abang Naz serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Broku, Ku Addy.
Mereka bakal berkongsi strategi dan pengalaman sebenar dalam menggunakan teknologi data dan kecerdasan buatan (AI) bagi mempertingkatkan daya saing perniagaan dalam ekonomi digital yang kian mencabar.
Acara ini disokong oleh Rakan Strategik Platinum iaitu Unifi Business, OMNIA dan REV Media Group
Sepanjang OHSEM360, peserta berpeluang menyertai sesi bersama lebih 25 pakar industri yang dijadualkan membincangkan topik-topik kritikal seperti automasi, pemasaran digital, transformasi jualan dan integrasi AI dalam operasi perniagaan.
Selain itu, lebih 40 reruai pameran teknologi akan mempamerkan pelbagai solusi terkini khusus untuk membantu PMKS mengoptimumkan operasi mereka.
Platform e-dagang TikTok Shop turut dilantik sebagai platform rasmi bagi acara tahun ini dengan peranan mengendalikan bengkel khas untuk membantu usahawan memanfaatkan platform digital secara lebih strategik.
Dalam usaha menggerakkan ekosistem perniagaan yang lebih lestari, OHSEM360 turut menjadi platform pelancaran inisiatif baharu MyDataHub.Ai, sebuah platform berkuasa AI yang direka khusus untuk memperkasa PMKS melalui data.
Inisiatif ini memperkenalkan dana pembiayaan berasaskan jualan bernilai RM50 juta bagi membantu PMKS meningkatkan capaian pemasaran dan akses kepada pendanaan secara bersepadu.
Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group merangkap Pengerusi Pengelola OHSEM360, Ashran Datuk Ghazi berkata, OHSEM360 bukan sekadar ruang pembelajaran, tetapi medan tindakan yang sebenar.
Beliau menegaskan bahawa PMKS tidak lagi mempunyai masa untuk berlengah dan perlu segera memanfaatkan teknologi yang tersedia.
Justeru itu, pendekatan menyeluruh yang ditawarkan OHSEM360 diyakini mampu mengubah data dan AI menjadi kelebihan strategik buat perniagaan yang bersedia untuk berinovasi.
Unifi Business, selaku rakan digital utama untuk PMKS, turut mengukuhkan komitmen mereka melalui kenyataan Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran.
Beliau menyatakan bahawa pihaknya memperkasa lebih 400,000 PMKS di seluruh negara dengan penyelesaian digital yang menyeluruh dan boleh diskalakan termasuk jalur lebar tetap dan mudah alih 5G, perkhidmatan awan, keselamatan siber dan sokongan pemasaran digital.
Disokong oleh rangkaian Unifi Store di seluruh negara, pasukan perunding PMKS yang berdedikasi serta komuniti Unifi Business Club, usaha ini dilaksanakan selari dengan aspirasi Telekom Malaysia sebagai Digital Powerhouse menjelang 2030.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi OMNIA Media Prima, Datuk Mohd Efendi Omar menekankan bahawa OHSEM360 merupakan gabungan strategik antara teknologi dan kreativiti.
Beliau menyatakan bahawa melalui pendekatan penceritaan berasaskan data dan penggunaan platform Media Prima, PMKS dapat memperkukuh jenama mereka di peringkat tempatan dengan lebih berkesan, seterusnya melangkah ke pasaran serantau.
Pendaftaran untuk acara OHSEM360 adalah percuma dan kini dibuka kepada semua pemilik dan wakil sah PMKS melalui laman rasmi www.ohsem360.com.
Tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada peserta berdaftar terlebih dahulu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!