seismik

"Perisa Baru Ke Ni?" - Gadis Ini Kongsi Foto Dalam Aiskrim Keladi Ada Lipas Mati

Ya Tuhan, gelinya tengok!

Cover image via @yyaamzl (Twitter)

Sebut saja lipas, pastinya masing-masing berasa geli dan akan terbayangkan rupa hodoh serangga berkaki enam ini

Itu belum lagi bagi mereka yang terlihat kelibat lipas ini melintas di depan mata, sudah pasti golongan yang penakut lipas akan lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Pendek kata, pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang takut lipas agar tidak bertembung dengan serangga berwarna coklat gelap ini.

Begitupun, ada juga yang tidak gentar sama sekali oleh serangga ini. Namun, bagi sebilangan yang lain kelibatnya saja ibarat mimpi buruk di siang hari.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Mediacorp

Tular foto aiskrim keladi di dalamnya terdapat seekor lipas yang dah mati

Menerusi foto yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter, @yyaamzl kelihatan seekor lipas yang dipercayai sudah mati ada di dalam aiskrim tersebut.

Lebih menggelikan lagi, sebahagian aiskrim terbabit sepertinya sudah separuh dimakan sebelum lipas itu ditemui.

Berikut di bawah adalah ciapan penuh yang dimuat naik oleh gadis itu:

Tinjauan di ruangan reply di foto itu pula mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan ada juga berkongsikan pengalaman yang sama

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen mengenai foto berkenaan:

Aduh tak boleh nak bayangkan, macam manalah agaknya rasa makan aiskrim keladi berperisa 'lipas' ni ya?

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: