seismik

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Beliau menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan tersebut.

Cover image via @KKMPutrajaya (Twitter)

Lancar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja selesai menerima suntikan pertama vaksin sebentar tadi

Menurut laman Twitter @KKMPutrajaya, beliau telah menunjukkan borang persetujuan menerima vaksin dan playcard #LindungDiriLindungSemua selepas selesai menerima vaksin.

Menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh RTM, Tan Sri Muhyiddin menerima vaksin Pfizer-BioNTech secara rasmi bermula sebentar tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menerima vaksin serta empat lagi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menetapkan mana-mana individu yang disuntik dengan vaksin ini akan berehat selama 30 minit dan akan dipantau oleh pegawai kesihatan jika berlaku apa-apa alahan.

Lebih 500,000 anggota barisan hadapan bakal menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama yang akan berlangsung sehingga April depan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: