seismik

Perdana Menteri Saja Tanya Dah Makan Ke Belum, Jawapan Gadis Ini Pula Buat 'Kantoi'

Pecah rahsia terus kak, haha.

Cover image via @zrnhs (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti kita semua tahu, bulan Ramadan ini adalah lebih elok jika mengejar kebaikan dan benda yang bermanfaat

Bagi kaum lelaki, puasa penuh itu adalah wajib. Tetapi, bagi wanita mereka pasti tidak boleh berpuasa penuh kerana datang bulan dan itu adalah perkara biasa. Kalau lelaki yang tidak berpuasa itu yang pelik.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis terkantoi apabila ditanya berpuasa atau tidak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@zrnhs Aduh macam2 Kelakar betul tapi kita faham adik tu mesti nervous, tu yang jawab “dah” tu. Kita semua faham dan yakin adik tu puasa je sebenarnya #pmx #anwaribrahim #iftar #seriperdana #malaysiatiktok #pakanwar #indonesia Funny Song - Cavendish Music

Kantoi jawab "dah" lepas ditanya Perdana Menteri

Menerusi video tersebut, kelihatan Datuk Seri Anwar sedang beramah mesra dengan orang ramai di sebuah majlis.

Beliau kemudian bertanya kepada beberapa orang gadis adakah mereka sudah makan atau belum. Apa yang lebih melucukan adalah salah seorangnya tersasul menjawab "dah".

Situasi itu membuatkan Datuk Seri Anwar tergelak dan mengusiknya kerana jawapan yang diberikan.

Image via @zrnhs (TikTok)

"Muka PM terkejut tu tak boleh tahan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihatnya dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 321.2K views, 25.9K likes dan 926 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @zrnhs (TikTok)
Image via @zrnhs (TikTok)
Image via @zrnhs (TikTok)
Image via @zrnhs (TikTok)
Image via @zrnhs (TikTok)
Image via @zrnhs (TikTok)

Kalau dia tak puasa pun logik, dia yang pelik kalau lelaki yang kantoi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: