seismik

"Masyarakat & Sistem Kita Ini Sakit" - Perbincangan Kes Ibu Tunggal Dihukum Kerana Melacur

Kemiskinan merupakan akar masalah seperti ini terus berlaku.

Cover image via Utusan

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan enam sebatan terhadap seorang ibu tunggal selepas dia mengaku bersalah di atas pertuduhan cuba melacurkan diri

Berdasarkan pertuduhan, wanita berusia 30 tahun dan juga merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di bandar raya ini bersama seorang pelanggan antara jam 11.20 malam hingga 11.45 malam pada 17 September lalu.

Image via Berita Harian

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Khazmizan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam satu serbuan penguatkuasa syariah daerah di bilik bernombor 507 di hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.

Dalam satu prosiding, tertuduh mengaku terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuannya yang dijaga oleh kakaknya di Klang.

Melihat kepada perkara ini, seorang peguam, Nurainie Haziqah telah tampil berkongsikan tentang pengalamannya bertembung dengan isu yang sama

Nurainie yang juga merupakan pengasas Happy Bank, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan yang memerlukan serta merupakan seorang sukarelawan aktif telah tampil berkongsikan pendapatnya dalam bentuk thread Twitter.

Beliau merasakan masalah ini pada dasarnya berpunca daripada isu kemiskinan melampau sehingga menyebabkan seseorang itu sanggup melacur atas sebab terdesak.

Baca perkongsiannya di bawah:

Ekoran isu ini, ramai yang berselisih pendapat di mana ada yang bersimpati dan cuba memahami nasib yang dialami ibu-ibu tunggal ini dan ada juga yang tidak bersetuju disebabkan oleh tentangan ajaran agama Islam itu sendiri.

Antara komen-komen yang dinyatakan pengguna Twitter lain tentang isu tersebut:

Manusia memang suka menilai.

Yang baik mahu yang buruk tidak terlepas dari pandangan dan perbualan hinggakan ada yang yakin dalam menentukan kedudukan Syurga dan Neraka orang lain.

Dalam prospek kejahatan itu pula, ada banyak kriteria kejahatan. Walau bagaimanapun seringkali semua itu hanya bersifat luaran dari kejahatan yang sebenarnya, yakni apa yang tersimpan di dalam hati dan fikiran pelakunya.

Dalam membicarakan kejahatan manusia itu, Allah SWT tidak hanya melihat perbuatan luaran, namun juga memperlihatkan sebab-sebab dalaman dan niat sebenar orang yang melakukannya.

Demikian juga kisah perempuan pelacur tua, di mana masyarakat sekelilingnya menghinanya kerana dia pelacur. Siapa tahu bahawa dia rupa-rupanya merupakan ahli Syurga. Sahabat Nabi bertanya mengapa dia menjadi ahli Syurga? Kerana dia memberi minum seekor anjing.

Oleh yang demikian, janganlah kita menghukum orang dan mempersoalkan ibadat seseorang itu sama ada diterima ataupun tidak. Kita sepatutnya lebih fokus dalam melihat pada diri kita sendiri, amal ibadat, solat, zakat, puasa dan haji kita terlebih dahulu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, Mahkamah Shariah Terengganu telah pun melaksanakan hukuman sebat

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: