seismik

Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Khas Kewangan Tambahan Setengah Bulan Gaji

Difahamkan, ia adalah tambahan daripada BKK sebulan gaji yang diumumkan pada Belanjawan Selangor 2025 pada November tahun lalu.

Cover image via Utusan & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjawat awam di Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Difahamkan, bantuan itu akan disalurkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memberitahu bantuan menerusi Insentif Rekod Hasil Negeri itu diberi berikutan kutipan hasil memberangsangkan Selangor yang akan dibayar selewat-lewatnya 15 April depan.

Tambahnya, ia adalah tambahan daripada BKK sebulan gaji yang diumumkan pada Belanjawan Selangor 2025 pada November tahun lalu.

"BKK sebulan gaji akan diberikan pada 25 Mac ini dan yang tambahan akan dapat 15 April depan. Jadi, sebelum raya dapat sebulan gaji dan selepas raya dapat setengah bulan lagi," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Bantuan diberi selepas kutipan hasil negeri amat memberangsangkan

Menurut beliau, kutipan hasil negeri amat memberangsangkan dengan RM691 juta direkodkan sehingga hari ini.

Perkara itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berada dalam landasan yang kukuh dari segi pencapaian ekonominya.

Image via googleapis.com

"Insentif Khas Raya sebanyak RM250 juga diberikan kepada 50,000 penjawat awam Persekutuan dengan gaji RM3,000 ke bawah.

"Insentif ini akan dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya, dan Penggerak Belia Selangor juga menerima setengah bulan elaun ataupun minimum RM500.

"Petugas masjid antaranya nazir, imam, siak dan bilal pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) MBI," katanya.

Beliau berkata, pemberian insentif berkenaan membabitkan implikasi kewangan keseluruhan RM38.75 juta.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: